Cetak

Program Pendidikan Pengguna

 

Perkhidmatan ini bertujuan mendidik pengguna cara menggunakan perpustakaan secara berkesan. Ianya dijalankan secara berjadual atau atas permintaan. Program ini berbentuk taklimat, latihan bengkel dan hands-on yang dijalankan di dalam atau luar perpustakaan. Borang penilaian akan diedarkan kepada peserta selepas sesi dijalankan untuk maklum balas pihak perpustakaan meningkatkan lagi kualiti program ini.

  • Program Orientasi Perpustakaan

Program ini diadakan untuk pelajar baru pada awal semester pertama, bertujuan memberi pendedahan umum mengenai  perpustakaan merangkumi peraturan, koleksi, perkhidmatan, kemudahan yang disediakan dan cara-cara  menggunakanya dengan berkesan.

  • Program Literasi Maklumat

Program ini dijalankan secara berkumpulan kepada pelajar baru mengikut kursus. Pihak perpustakaan akan menghantar surat kepada fakulti untuk membuat penetapan tarikh bagi pelajar menghadiri program ini. Melalui program ini pengguna diberi tunjuk ajar cara pencarian maklumat menggunakan katalog berkomputer , menerangkan peraturan berkaitan dengan penggunaan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan.

  • Bengkel Kemahiran Pencarian Maklumat

Melalui program ini pengguna diberi tunjuk ajar mencari,  menilai dan mengguna sumber-sumber maklumat (bercetak dan elektronik) dalam bidang tertentu. Program ini dijalankan secara berterusan dan sasaran adalah pengguna secara berkumpulan antara 10-15 orang. Pengguna yang berminat boleh menghubungi Pustakawan Rujukan atau  penasihat pembaca untuk menentukan tarikh dan masa yang sesuai.

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions