Cetak

Sejarah Penubuhan

Pengenalan

Keputusan Kerajaan menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin (Dahulu dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pengajian awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat Negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Bermula dengan pengumuman daripada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005 sehingga perlantikan Dato' Profesor Dr. Alias bin Daud sebagai Naib Canselor yang pertama pada 1 Januari 2006, maka bermulalah proses operasi Universiti Sultan Zainal Abidin dengan motto "Ilmu Demi Faedah Insan".

Perkhidmatan perpustakaan kini dikendalikan oleh seramai 65 orang kakitangan terdiri daripada 13 orang kakitangan profesional serta 52 orang kakitangan sokongan pelbagai peringkat.

KUSZA

  

Perpustakaan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin telah ditubuhkan pada tahun 1980 apabila kumpulan pertama pelajar KUSZA memulakan pengajian dan ditempatkan di Sekolah Menengah Agama (ATAS) Sultan Zainal Abidin di Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Penubuhan perpustakaan ialah mengikut peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Enakmen Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Enakmen Bil. 3 1981) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 22 Ogos 1981. KUSZA dan perpustakaan kemudiannya ditempatkan di Jalan Hiliran Kuala Terengganu pada tahun 1981 sebelum berpindah ke kampus tetap di Gong Badak, Kuala Terengganu pada akhir Disember 1982. Kampus KUSZA seluas 144 hektar telah diletakkan batu asasnya oleh Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah pada 17 Mac 1981. Pustakawan pertama mula berkhidmat pada bulan Oktober 1982.

Pada awal penubuhannya, Perpustakaan ditempatkan di sebuah bilik kecil di Bangunan Kedai di Pulau Kambing (1982). Semua bahan perpustakaan pada masa itu adalah bahan pembelajaran untuk pelajar tingkatan tiga (3) hingga tingkatan enam (6) yang beraliran agama. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar pintar yang terpilih di seluruh Negeri Terengganu yang ditaja penuh oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Perpustakaan telah berpindah ke Kampus KUSZA pada 1984 dan ditempatkan di bahagian bawah Bangunan Blok tiga (3) tingkat. Bangunan perpustakaan yang sedia ada telah siap dibina pada pertengahan 1987, yang dikenali dengan nama Perpustakaan al-Mukhtar. Pada ketika itu, bahagian pengurusan perpustakaan mengandungi lima (5) bahagian sebagaimana berikut,

  • Bahagian Perolehan

  • Bahagian Rujukan & Khidmat Pembaca

  • Bahagian Katalog

  • Bahagian Sirkulasi

  • Bahagian Terbitan Bersiri

Pada tahun 1995, sistem perpustakaan berkomputer VTLS mula diperkenalkan. Kini sistem perpustakaan dikendalikan oleh sistem ILMU bermula dari tahun 2001.

UDM

     

Perpustakaan yang dahulunya dikenali sebagai Perpustakaan al-Mukhtar, telah diserapkan ke dalam perkhidmatan UDM pada tahun 2006 secara rasminya. Pada tahun 2007, Pengurusan Perpustakaan telah disusun semula sejajar dengan perkembangan dan pertambahan kakitangan, Jabatan ini telah berkembang kepada lima (5) bahagian utama dan lima belas (14) unit iaitu:

Bahagian Perancangan Pembangunan Perpustakaan

- Unit Kewangan

- Unit Pentadbiran & Latihan

- Unit Kualiti & Audit

Bahagian Pembangunan & Pengurusan Sumber

- Unit Perolehan Sumber Maklumat (Monograf & AV)

- Unit Perolehan Sumber Maklumat (Hadiah & Pertukaran)

- Unit Perolehan Sumber Maklumat (Terbitan Bersiri & Pangkalan Data)

- Unit Pengindeksan & Bibliografi (Monograf)

- Unit Pengindeksan & Bibliografi (Bahan Elektronik & AV)

- Unit Pengindeksan & Bibliografi (Bahan Bahasa Arab)

- Unit Pengurusan Pemuliharaan

Bahagian Perkhidmatan Pengguna

- Unit Perkhidmatan Maklumat

- Unit Pengurusan Sirkulasi

Bahagian Teknologi Maklumat & Multimedia

- Unit Pengurusan & Penyelenggaraan Sistem Perpustakaan

- Unit Pengurusan Sumber Digital & Multimedia

UniSZA

Dengan mendapat kelulusan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 13 April 2010, Universiti Darul Iman Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin berkuatkuasa pada 14 Mei 2010 selepas warta kerajaan daripada Universiti Darul Iman Malaysia (Pemerbadanan) (Perintah Pindaan) 2010 [32] berkuatkuasa pada 13 Mei 2010. [33] Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa pertukaran nama itu dibuat selepas mengambil kira latar belakang sejarah institusi . [34] pada 15 Februari 2013, Perdana Menteri Setiausaha Politik Datuk Jailani Ngah berkata bahawa Perdana Menteri Dato 'Sri Najib Razak akan mengumumkan bahawa UniSZA akan menjadi universiti Islam yang ketiga di Malaysia. Sejajar dengan itu, Perpustakaan dikenali Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin.

Perpustakaan Kampus Perubatan

Perpustakaan Kampus Perubatan (dulu dikenali sebagai Kampus Kota) mula beroperasi pada tahun 2007. Perpustakaan Kampus Perubatan menyediakan perkhidmatan untuk Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan disamping khidmat maklumat dan perpustakaan untuk warga Kampus Perubatan. (Sekarang hanya Fakulti Perubatan sahaja berada disini setelah Fakulti Sains Kesihatan berpindah ke Kampus Gong Badak)

Perpustakaan Kampus Besut

Sempena dengan operasi kampus tambahan yang baru di Tembila, Besut, Perpustakaan juga telah memulakan operasinya pada September 2013. Kampus ini menyediakan perkhidmatan untuk pelajar, ahli fakulti dan semua staf di Kampus Besut.

 

 

 

 

 

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions