UniSZA   Telegram   Ikuti Kami

 

  • PERTANDINGAN INTERVARSITY YOUNG MOTIVATOR COMPETITION (I-MAC) 2023
  • PROGRAM MINGGU UNIT KAUNSELING BERSAMA PELANGGAN SESI AMBILAN ; ASASI SAINS DAN PERUBATAN DAN DIPLOMA)
  • PROGRAM “FIVE SMART : GOAL, ATTITUDE, ASSIGNMENT, SCHEDULE AND NOTE”
  • PROGRAM PERKONGSIAN KESIHATAN MENTAL BIPOLAR DISORDER : JOM KENALI GEJALA DAN FAHAMI RAWATAN YANG PERLU
  • PROGRAM CINTA BERPUTIK DI KAMPUS : MANAKAH HALA TUJUNYA?
  • Banner
  • Program Intervensi Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera
  • WhatsApp Image 2022 04 05 At 84505 AM
  • how to become

Hebahan

PROGRAM MINGGU UNIT KAUNSELING BERSAMA PELANGGAN BAGI 2023/2024

 
 
UNIT KAUNSELING ANJUR PROGRAM BERSAMA PELANGGAN BAGI 2023/2024 
 
 
Program Minggu Unit Kaunseling  Bersama Pelanggan 2023  telah diadakan bermula 21 hingga 24 Ogos  2023 bagi Pelajar Asasi Sains dan Perubatan dan Diploma. Seramai 871 peserta telah menyertai program ini. Program ini adalah bertujuan mempromosi dan memberi pendedahan tentang peranan Unit Kaunseling PTNC HEPA.  Selain itu, program ini turut membuat hebahan tentang program-program yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun untuk rujukan mahasiswa.  Program ini ke arah bagi menjadikan Unit Kaunseling  PTNC (HEPA) sebagai suatu unit yang berkonsep “mesra pelajar” dalam usaha memanifestasikan perkhidmatan menolong demi kesejahteraan warga kampus UniSZA. Sepanjang Minggu Unit Kaunseling Bersama Pelanggan 2023 ini diadakan, pelbagai pengisian aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan lagi perlaksanaannya. Antaranya, pendaftaran keahlian Pembimbing Rakan Siswa, Kuiz Uji Minda,Ujian Psikologi bagi mengenalpasti gaya bercinta, gaya belajar,  dan personaliti warna, ujian saringan minda sihat. Kesemua aktiviti yang dilaksanakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para mahasiswa. Diharapkan Minggu Unit Kaunseling Bersama Pelanggan ini terus menjadi wadah yang dinamik dalam mendekati dan memahami mahasiswa UniSZA pada masa-masa akan datang.

Lebih banyak artikel..

Berita