UniSZA   Telegram   Ikuti Kami

 

  • PERTANDINGAN INTERVARSITY YOUNG MOTIVATOR COMPETITION (I-MAC) 2023
  • PROGRAM MINGGU UNIT KAUNSELING BERSAMA PELANGGAN SESI AMBILAN ; ASASI SAINS DAN PERUBATAN DAN DIPLOMA)
  • PROGRAM “FIVE SMART : GOAL, ATTITUDE, ASSIGNMENT, SCHEDULE AND NOTE”
  • PROGRAM PERKONGSIAN KESIHATAN MENTAL BIPOLAR DISORDER : JOM KENALI GEJALA DAN FAHAMI RAWATAN YANG PERLU
  • PROGRAM CINTA BERPUTIK DI KAMPUS : MANAKAH HALA TUJUNYA?
  • Banner
  • Program Intervensi Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera
  • WhatsApp Image 2022 04 05 At 84505 AM
  • how to become

Hebahan

PROGRAM MOTIVASI : MAHASISWA HEBAT, AKADEMIK MANTAP

 

PROGRAM MOTIVASI : MAHASISWA HEBAT AKADEMIK MANTAP

Kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik merupakan salah satu aspek terpenting dalam mengukur kejayaan sistem akademik di sesebuah universiti. Begitu juga dengan pembangunan akhlak dan potensi diri bagi mencapai prestasi kecemerlangan seseorang individu. Justeru itu satu program telah diadakan pada 16 November 2023 bertempat di Auditorium Fakulti Informatik di kampus besut yang mana melibatkan 68 orang mahasiswa kampus besut. Program ini adalah anjuran bersama Unit Kaunseling dan Unit Pentadbiran, Aktiviti & Kebajikan Pelajar. Program Motivasi: Mahasiswa Hebat, Akademik Mantap dilaksanakan bertujuan membantu peserta menentukan matlamat yang jelas dan berkesan bagi mencapai kecemerlangan samaada dalam akademik, sahsiah dan sosial. Selain itu juga, melalui perkongsian slot oleh penceramah dapat meningkatkan motivasi peserta dan peserta dapat mengurus stres dengan berkesan melalui kaedah pengurusan emosi. Slot pertama smart study & smart timetable telah dikongsikan oleh Puan Husni Munirah bt Hashim, Slot kedua Urus Stres Emosi Sejahtera telah dikongsikan oleh Puan Rosni bt Mohammad manakala slot ketiga Aku Berhak Hebat dikongsikan oleh Puan Lailatul Jumati bt Mohd. Penceramah merupakan Pegawai Psikologi UniSZA. Program ini memberi capaian yang positif kepada peserta melalui perkongsian slot bersama penceramah berdasarkan komentar borang penilaian dan peserta mampu bertanggungjawab dengan diri sendiri berdasarkan penentuan matlamat yang telah ditetapkan oleh peserta.

Lebih banyak artikel..

Berita