UniSZA   Telegram   Ikuti Kami

 

BENGKEL LATIHAN AKHIR PERSEDIAAN PROGRAM PERTANDINGAN MOTIVATOR IKON INSPIRASI VASITI 2023

 

BENGKEL LATIHAN AKHIR PERSEDIAAN PROGRAM PERTANDINGAN MOTIVATOR IKON INSPIRASI VASITI 2023

 

Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor telah mengadakan Bengkel Latihan Akhir Persediaan Program Pertandingan Motivator Ikon Inspirasi Vasiti 2023 pada 20 Jun 2023 bertempat di bilik mini bengkel unit kaunseling PTNCHEPA. Program ini bertujuan memberi latihan dan meningkatkan kemahiran komunikasi berkesan dalam menyampaikan ilmu sebagai motivator muda. Selain itu juga, program ini adalah sebagai platform bagi peserta mengenalpasti keistimewaan dan bakat sebagai motivatorserta mengaplikasikan peranan sebagai seorang pemimpin yang mempunyai pelbagai kemahiran. Program ini melibatkan 10 orang peserta yang telah dipilih dari Program Pencarian Motivator Ikon UniSZA 2023 dan sesi ceramah bagi bengkel ini disampaikan oleh Muhammad Syafiq bin Mohd Sakri, Pengarah urusan SMART STRATEGY GLOBAL. Peserta yang mendapat tempat pertama dan kedua akan mewakili UniSZA untuk ke peringkat seterusnya bagi Pertandingan Intervarsity Young Motivator Competition (I-MAC) 2023 Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaya, pada 14 hingga 17 Ogos 2023 nanti. Melalui pelaksanaan bengkel ini peserta akan diberikan pendedahan secara langsung dan tidak langsung rangsangan untuk membina ketokohan dan ketrampilan diri sebagai motivator hebat. Peserta akan dikongsikan dengan kepelbagaian kemahiran terutama komunikasi berkesan, kreativiti dalam menyatakan dan menyampaikan idea serta berani dan percaya diri berteraskan kepada bakat serta kebolehan masing-masing.