UniSZA   Telegram   Ikuti Kami

 

PROGRAM SMART 5: GOALS, ATTITUDES, ASSIGNMENT, TIMETABLE AND NOTE

BANNER PROGRAM SMART 5
 
 
PROGRAM SMART 5: GOALS, ATTITUDES, ASSIGNMENT, TIMETABLE AND NOTE
 
Program Smart 5 :Goals, Attitudes, Assignment, Timetable And Note yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor, UniSZA Kampus Gong Badak dengan kerjasama semua fakulti yang diadakan pada 27 Mei 2023, Sabtu, bertempat di Dewan Auditorium Akademik melibatkan penyertaan pelajar  seramai 84 orang. Objektif penganjuran program ini adalah bagi memberi gambaran kepada mahasiswa teknik yang betul dalam memastikan pembelajaran menjadi lebih sistematik dan menarik dalam usaha untuk meningkatkan semangat serta motivasi mahasiswa dalam mencapai yang terbaik dalam pembelajaran mereka. Terdapat tiga slot pengisian program yang telah dilaksanakan iaitu Slot pertama “Smart Study & Smart Timetable” yang disampaikan oleh Puan Husni Munirah binti Hashim yang merupakan Pegawai Psikologi Kanan, Unit Kaunseling UniSZA. Beliau telah berkongsi teknik pembelajaran yang perlu dipraktikkan oleh mahasiswa agar terus fokus dalam pembelajaran serta menunjukkan cara pengurusan masa yang efektif agar dapat membantu mahasiswa lebih bersismatik dalam pembelajaran. Slot Kedua iaitu “Teknik Presentation & Assignment and Notes” yang disampaikan oleh En Salman bin Lambak, yang merupakan Penyelaras Anugerah Tokoh Siswa UniSZA. Slot ini memberi penekanan berkait dengan kaedah pembentangan, cara membuat nota dan teknik membuat assignment yang betul. Seterusnya slot ketiga pula disampaikan oleh Puan Rosni binti Mohammad yang merupakan Pegawai Psikologi, Unit Kaunseling, PTNC HEPA, UniSZA. Ketua Beliau telah mengupas berkaitan “Overthinking” boleh menjejaskan potensi diri. Beliau telah menyuntik semangat motivasi dalam diri mahasiswa supaya dapat menumpukan pelajaran dengan lebih baik serta fokus dalam mencapai matlamat pada masa hadapan serta sentiasa berfikiran positif untuk terus berjaya dalam pembelajaran. Secara keseluruhannya, sambutan yang diterima daripada peserta amat menggalakkan dan reaksi yang diberikan adalah positif. Justeru, Unit Kauseling PTNC, HEPA berharap dapat menganjurkan lagi program seumpama ini pada masa akan datang.