UniSZA   Telegram   Ikuti Kami

 

Latar Belakang

Unit ini diletakkan di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) yang diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Psikologi dan dibantu oleh 3 orang Pegawai Psikologi, seorang Pembantu Tadbir (P/O) dan seorang Pembantu Operasi. Unit ini adalah satu sistem sokongan dalam membantu mahasiswa/i mengenal masalah dan mengenal pasti potensi diri bagi menangani masalah yang dihadapi agar cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

Mahasiswa dan mahasiswi boleh berjumpa dengan Pegawai Psikologi untuk berbincang secara objektif tentang masalah berkaitan akademik, vokasional, emosi, sosial, kerjaya yang mempunyai hubungan dengan pencapaian kejayaan mahasiswa/i di universiti. Adalah menjadi tujuan utama Unit Kaunseling untuk membantu mahasiswa/i agar mengalami pertumbuhan hidup yang positif bagi membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi masa kini dan dapat dijadikan petunjuk kepada penyelesaian masalah pada masa hadapan.

Selain itu, melalui aktiviti pembangunan diri, sahsiah, akademik,Pegawai Psikologi akan membantu dan membimbing mahasiswa/i melalui aktiviti seminar, bengkel dan kursus berbentuk kemahiran, motivasi dan sebagainya bagi membentuk semangat daya pimpin dan daya saing di kalangan para mahasiswa/i UniSZA.