UniSZA   Telegram   Ikuti Kami

 

Kata Aluan Ketua Unit

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web ini. Sebagai warga Unit Kaunseling Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA), kami merasa bangga di atas kunjungan Y.Bhg. Dato’/ Prof/Dr/Tuan/ Puan. Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) membolehkan Unit Kaunseling menyalurkan maklumat dengan pantas untuk pengetahuan semua.

Semoga maklumat yang disediakan dalam laman web ini dapat dijadikan jendela ilmu bagi memenuhi keperluan semua, terutama mengenai pembangunan psikologi dan kaunseling mahasiswa/i UniSZA. Laman web Unit Kaunseling mempunyai pelbagai maklumat dan menghimpunkan peristiwa-peristiwa dan program yang sedang dan akan berlaku sepanjang tahun di samping perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh seksyen ini.

Usaha ini adalah selari dengan galakan dan penekanan kepentingan strategik yang dimainkan oleh ICT dalam sektor kerajaan (e-kerajaan). Oleh itu, Unit Kaunseling Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) tidak melepaskan peluang ini untuk meningkatkan mutu penyampaian e-perkhidmatan kepada pelanggan atas talian. Oleh itu, para pengunjung laman web Unit Kaunseling (HEPA) diharap dapat menggunakan teknologi ICT secara aktif dengan melayari maklumat yang diperlukan dan ia akan sentiasa dikemaskini demi kepentingan semua.

Saya berharap melalui penggunaan laman web ini, akan menjurus kepada usaha untuk meningkatkan pembangunan modal insan yang sejahtera emosi dan psikologi sekali gus mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada golongan sasar.

Saya amat mengalu-alukan maklum balas daripada Y.Bhg. Dato’/ Prof/ Dr/ Tuan/supaya kandungan laman web ini boleh dipertingkatkan agar mampu menjana sumber maklumat penting dan memenuhi aspirasi semua.

Cr. Rosni Bt Mohammad
Ketua Pegawai Psikologi
Unit Kaunseling Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA)
Universiti Sultan Zainal Abidin