UniSZA   Telegram   Ikuti Kami

 

  • PERTANDINGAN INTERVARSITY YOUNG MOTIVATOR COMPETITION (I-MAC) 2023
  • PROGRAM MINGGU UNIT KAUNSELING BERSAMA PELANGGAN SESI AMBILAN ; ASASI SAINS DAN PERUBATAN DAN DIPLOMA)
  • PROGRAM “FIVE SMART : GOAL, ATTITUDE, ASSIGNMENT, SCHEDULE AND NOTE”
  • PROGRAM PERKONGSIAN KESIHATAN MENTAL BIPOLAR DISORDER : JOM KENALI GEJALA DAN FAHAMI RAWATAN YANG PERLU
  • PROGRAM CINTA BERPUTIK DI KAMPUS : MANAKAH HALA TUJUNYA?
  • Banner
  • Program Intervensi Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera
  • WhatsApp Image 2022 04 05 At 84505 AM
  • how to become

Hebahan

Pertandingan Intervarsity Young Motivator Competition (I-MAC) 2023

 

Pertandingan Intervarsity Young Motivator Competition (I-MAC) 2023

 

Merupakan program tahunan dan dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi ( JPT) dengan kerjasama Majlis Kaunseling Universiti Awam Malaysia (MAKUMA) dan Universiti Malaya (UM). Matlamat program adalah untuk menyemarakkan penglibatan mahasiswa dalam arena pengucapan awam di peringkat universiti di samping melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran asas sebagai seorang motivator. Unisza diwakili oleh Nurul Syuhada Binti Mohd Kamil daripada Fakulti Kotemporari Islam dan Nuur Hadirah Binti Ismail dari Fakulti Sains Sosial Gunaan di bawah seliaan Unit Kaunseling PTNCHEPA. Sebanyak 20 buah Universiti Awam telah mengambil bahagian yang melibatkan seramai 40 orang peserta dimana setiap universiti diwakili dua orang peserta. Saudari Nuur Hadirah binti Ismail mendapat tempat kelima dengan membawa pulang trofi dan sijil. Manakala Nurul Syuhada binti Mohd Kamil membawa pulang sijil selepas berentap melepasi beberapa saringan. Melalui program ini dapat melahirkan pelapis-pelapis motivator dalam kalangan mahasiswa Universiti Awam yang boleh menjadi pembimbing dan ikon kepada mahasiswa dan melatih mahasiswa supaya lebih berkeyakinan dalam menyampaikan ilmu dan memotivasikan individu.

 

Lebih banyak artikel..

Berita