UniSZA   Telegram   Ikuti Kami

 

PROGRAM PENCARIAN MOTIVATOR IKON UniSZA 2023

 

PROGRAM PENCARIAN MOTIVATOR IKON UniSZA 2023
 
 
Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor telah mengadakan Program Pencarian Motivator Ikon UniSZA 2023 kepada mahasiswa UniSZA yang berminat pada 13, 14 dan 14 Jun 2023. Program ini merupakan program tahunan bertujuan mencari dan melahirkan ikon-ikon motivator universiti yang berkebolehan dan mampu menjadi model ikon motivator muda serta melahirkan pelapis motivator yang boleh menjadi pembimbing dan ikon kepada mahasiswa lain. Program ini telah diadakan di Unit Kaunseling  dan Speaker Corner UniSZA yang mana melibatkan 34 orang peserta daripada pelbagai fakulti. Mahasiswa yang terpilih ini akan mewakili UniSZA untuk ke peringkat seterusnya bagi Pertandingan Intervarsity Young Motivator Competition (I-MAC) 2023 Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaya, pada 14 hingga 17 Ogos 2023 nanti. Pemenang membawa pulang wang tunai, sijil penghargaan dan cenderahati.
 
Peserta yang berjaya ke peringkat akhir adalah :
1)NURUL SYUHADA BINTI MOHD KAMIL (FKI)
2)MUHAMMAD FATHULLAH MUJAHID BIN ABDULLAH (FKI)
3)IZZAH NABILAH BINTI ROSLI (FKI)
4)FIRAS MAHIRAH BINTI FAYROZ (FKI)
5)SYED MUHAMMAD ZUBAIR BIN SYED SHAHAZAM (FPP)
6)MOHAMAD ASYRAF SHAM BIN RAMLI (FPP)
7)NESALATA A/P GUNASEKARAN (FSK)
8)NUUR HADIRAH BINTI ISMAIL (FSSG)
9)MUHAMMAD IKRAM BIN BAZURIM (FIK)
10) MUHAMMAD AISAR HUZAIFI BIN HAMZAH (FIK)