• Isu-isu Kontemporari Dalam Al-Quran: Etika Kerja dan Pengurusan Harta (2014)

Penulis/Author: Engku Muhammad Tajuddin Engku Ali, Syed Mohd Azmi Syed Abdul Rahman, Wan Yusof Wan Chik, Syed Mohd Hafiz Syed Omar


Pekerja yang beribawa adalah aset penting dalam pembangunan negara. Islam telah menggariskan etika dan menetapkan beberapa tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh bukan sahaja pekerja akan tetapi juga majikan. Ketauhidan, ketekunan dan kecekapan adalah ciri pekerja cemerlang menurut syarak. Etika kerja Islam pula terungkap dalam tujuh teras utama iaitu amal soleh, birr (Kebajikan Sejagat), takwa, qist (Keseimbangan/Keadilan), maaruf (kebaikan), ihsan dan mas'uliyyah (Pertanggungjawaban/Amanah). Majikan pula hendaklah menunaikan janji dan tidak memberikan tugas di luar kemampuan pekerja apatah lagi yang bercanggah dengan syarak. Islam juga menitikberatkan natijah pekerjaan yang antara lain terhasil dalam bentuk harta. Islam meletakkan penjagaan harta sebagai salah satu dari maqasid syariah yang berlima. Secara umumnya perbahasan maqasid al-Quran merangkumi akidah, syariah dan akhlak. Penjagaan harta termasuk dalam kategori syariah. Penjagaan harta termasuklah juga pengurusannya yang efektif. Antara petunjuk pengurusan harta yang efektif ialah, keberkesanan mekanisme agihan semula harta tersebut. Mekanisme pengagihan semula kekayaan ini didatangkan dalam bentuk nafkah, zakat, faraid, wasiat, wakaf dan sedekah. Selain dari harta, amnusia memerlukan kepada teman hidup. Justeru Islam mensyariatkan penikahan. Dalam melaksanakan sesuatu pernikahan, maskawin adalah suatu yang mesti. Kadar maskahwin sentiasa menjadi perbincangan hangat dalam masyarakat. Islam tidak pernah membebankan umatnya dalam urusan pemberian mas kawin. Apabila sebuah keluarga terbina, antara keperluan yang mendesak adalah rumah kediaman. Dalam proses pembelian rumah, pembeli kadang-kadang berhadapan dengan keadaan di mana rumah yang dibeli mengalami kecacatan. Dalam konteks ini undang-undang Islam menetapkan bahawa kecacatan tidak terhad pada aspek fizikal sahaja tetapi juga mengambilkira aspek spiritual. Dalam menjalani kehidupan samada berumahtangga ataupun sendirian, ada ketika-ketikanya manusia menghadapi kesempitan. pada waktu sedemikian mereka mungkin terpaksa meminjam dan menggadai. Umat Islam sepatutnya menggunakan sistem ar-rahnu apabila menggadai kerana ianya menepati ciri-ciri syariah. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Isu-isu Kontemporari Dalam Al-Quran: Etika Kerja dan Pengurusan Harta (2014)

  • Product Code: ISBN: 978-983-9842-89-0
  • Availability: In Stock
  • RM 23.00

  • Ex Tax: RM 23.00

Tags: Isu-isu, Kontemporari, Al-Quran, Etika, Kerja, Pengurusan Harta