• Sejarah dan Perkembangan Institusi Pangajian Pondok Negeri Terengganu (2019)

Institusi pondok memainkan peranan yang sangat besar dalam sejarah dan perkembangan pendidikan Islam di negeri Terengganu. Institusi pondok melalui era kemerosotan apabila sistem madrasah diperkenalkan. Banyak pondok telah dinaik taraf menjadi madrasah dan tidak kurang pula yang ditutup. Walau bagaimanapun, pada hari ini, terdapat usaha untuk menghidupkan semula sistem pengajian pondok ekoran wujudnya kesedaran untuk memperkenalkan semula kitab-kitab turath, pengajaran dan pembelajaran secara talaqqi serta bersanad. Justeru, buku ini merupakan satu usaha untuk memperkenalkan kepada masyarakat tentang pondok-pondok yang wujud di negeri Terengganu yang masih mengekalkan tradisi sistem pengajian pondok. Buku ini boleh dijadikan rujukan oleh para pengkaji yang ingin mengetahui tentang tokoh-tokoh ulama, latar belakang dan kurikulum pondok-pondok yang wujud pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21 yang tidak banyak dibukukan.


ABDUL HAKIM ABDULLAH, Ph.D., merupakan profesor di Jabatan Pendidikan, Dakwah dan Peradaban Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA. Bidang kepakaran beliau ialah Pengajian Arab dan Tamadun Islam.  Beliau merupakan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA pada masa sekarang.


AB. AZIZ SULAIMAN, M.A.,merupakan pensyarah Jabatan Pendidikan, Dakwah dan Peradaban Islam di  Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA. Sekarang beliau adalah Penyelaras Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA. 


MOHD SHAFIEE HAMZAH, Ph.D. merupakan Prof. Madya di Jabatan al-Quran dan al-Sunnah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA. Bidang kepakaran beliau ialah al-Quran dan Hadis. Sekarang beliau bertugas sebagai Pengarah, Kolej Kediaman UniSZA.  


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Sejarah dan Perkembangan Institusi Pangajian Pondok Negeri Terengganu (2019)

  • Product Code: ISBN 978-967-2231-17-2
  • Availability: In Stock
  • RM 40.00

  • Ex Tax: RM 40.00

This product has a minimum quantity of 10

Tags: Sejarah, Perkembangan, Institusi, Pangajian, Pondok, Terengganu, Tokoh-tokoh ulama, Kurikulum, Kitab turath, Talaqqi, Sanad