• Mikrobiologi Makanan untuk Sains Kesihatan (2019)

Penulis/Author : Mohd Adzim Khalili Rohin, Norhayati Abd Hadi, Norhaslinda Ridzwan, Mimie Noratikah Jumli.


Buku ini meliputi isu-isu utama kawalan bakteria bawaan makanan yang menjejaskan keselamatan dan kualiti makanan. Ia mengandungi penerangan terperinci dan praktikal dalam penghitungan mikrob, pengasingan serta pengenalan bakteria bawaan makanan berpatogen. Terdapat enam bab yang menghuraikan topik mikrobiologi makanan. Setiap bahagian bermula dengan pengenalan komprehensif, huraian dan penerangan yang mendalam mengenai mikroorganisma yang ditangani dalam bahagian tertentu di dalam buku ini.

Ujian mikrobiologi merupakan alat yang berguna dalam pengurusan keselamatan makanan. Walau bagaimanapun, cara pemilihan serta penggunaannya mesti seiring dengan pengetahuan, manfaat dan tujuan. Oleh itu, kompendium ini dilakukan sebagai rujukan kepada golongan profesional makmal, saintis penyelidikan, pegawai dietetik, ahli nutrisi, pengajar mahupun pelajar.

Ciri-ciri yang terdapat dalam buku ini dapat membantu anda memahami topik-topik dengan berkesan seperti:

Gambaran keseluruhan mengenai penemuan awal mikroorganisma dalam bidang mikrobiologi makanan.

Huraian terperinci mengenai ciri-ciri mikroorganisma serta kepentingannya dalam makanan.

Teknik pengesanan serta penghitungan mikroorganisma patogenik dan toksigenik bawaan makanan.

Penerangan terperinci mengenai sumber-sumber mikroorganisma melalui makanan.

Huraian mengenai kualiti mikroorganisma dalam makanan secara semula jadi. 

Penerangan mengenai faktor-faktor yang dapat membantu pertumbuhan mikroorganisma.


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Mikrobiologi Makanan untuk Sains Kesihatan (2019)

  • Product Code: ISBN 978-967-2231-15-8
  • Availability: In Stock
  • RM 59.00

  • Ex Tax: RM 59.00

Tags: Mikrobiologi, Makanan, Kualiti makanan, Kawalan bakteria, Profesional makmal, Saintis penyelidikan, Pegawai dietetik, Ahli nutrisi, Pengajar, Pelajar.