• Kemahiran Fleksi dalam Sintaksis Arab (2024)

Penulis: Mohd Hafizuddin Mohd Sidek, Kamarul Shukri Mat Teh


Fleksi atau icrab merupakan ilmu yang penting kerana ia merentasi keseluruhan topik dalam bidang nahu Arab. Ini ditambah pula dengan peranan besarnya dalam memberi makna fungsi perkataan dan memelihara ayat daripada kesilapan bahasa. Namun begitu, kelemahan penguasaan kemahiran fleksi dalam kalangan pelajar sering menjadi isu yang dibincangkan. Justeru, buku “Kemahiran Fleksi dalam Sintaksis Arab” ini tampil untuk turut sama mengingatkan kembali tentang kepentingan ilmu fleksi. Ia mengemukakan model yang menjelaskan tiga aspek yang perlu dikuasai dengan baik bagi meningkatkan kemahiran fleksi. Buku ini juga menghuraikan tentang hubungan positif lagi signifikan antara kemahiran fleksi dengan pencapaian bahasa Arab berdasarkan bukti empirikal. Tidak beretorik dan tidak bergantung kepada teori semata, menjadikan buku ini agak unik dan menarik untuk ditelaah. Malah pada sesetengah bicara bab, aura yang memotivasikan dapat dirasai oleh pembaca sehingga mendorong untuk berusaha meningkatkan kemahiran fleksi dengan sebaik mungkin.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Kemahiran Fleksi dalam Sintaksis Arab (2024)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-66-6
  • Availability: 2-3 Days
  • RM 36.00

  • Ex Tax: RM 36.00

Tags: Kemahiran, Fleksi, Sintaksis, Arab, 2024