• Tabayyun Dalam Isu Falak Kontemporari (2024)

Penulis: Roslan Umar, Nor Hazmin binti Sabri, Syed Mohd Hafiz Syed Omar, Farisha Irwayu binti Abdullah, Nur Athirah binti Ahmad Fashil @ Ahmad Fazil


Buku ‘Tabayyun Dalam Isu Falak Kontemporari’ ini mengetengahkan konsep asas tabayyun dalam Islam dengan memberi fokus kepada berita-berita palsu berkaitan isu falak yang kerap tersebar. Pembaca juga dihidangkan dengan penerangan terperinci tentang prinsip asas ilmu falak serta diberi pencerahan tentang sejarah perkembangan ilmu falak, penentuan arah kiblat, pergerakan objek langit, kejadian siang dan malam dan sebagainya. Dalam pada itu, buku ini turut menjawab beberapa berita palsu yang sering tersebar di media sosial, terutamanya. Antara berita palsu yang dikupas dalam buku ini adalah seperti bulan mengelilingi Kaabah, penentuan arah kiblat menggunakan piring ASTRO, matahari terbit dari arah utara dan barat, radiasi kosmik pada telefon bimbit dan sebagainya. Penerangan terperinci yang disandarkan dengan fakta saintifik dikemukakan oleh penulis bagi menyanggah maklumat palsu tentang pelbagai berita palsu tersebut. Para pembaca boleh mendapatkan buku ini untuk meneroka dan mendapatkan lebih banyak pencerahan tentang pelbagai berita palsu lain lagi berkaitan falak. Buku ini sesuai dimiliki dan dibaca oleh segenap lapisan masyarakat kerana ia berupaya memberi bimbingan untuk menangani kekeliruan ketika menerima berita palsu tentang isu falak.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Tabayyun Dalam Isu Falak Kontemporari (2024)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-64-2
  • Availability: 2-3 Days
  • RM 32.00

  • Ex Tax: RM 32.00

Tags: Tabayyun, Isu, Falak, Kontemporari, 2024