• Hadis Mutashabihat Dalam Sahih Muslim: Pendekatan Al-Nawawi dan Al-Mubarakfuri (2024)

Penulis: Mohd Faiz Hakimi Mat Idris, Mohamad Zaidin Mat@Mohamad, Mohd A'Tarahim Mohd Razali, Sofyuddin Yusof, Abdillah Hisham Abdul Wahab


Buku ini memfokuskan perbahasan terhadap hadis mutashabihat yang terdapat dalam Sahih Muslim, salah satu koleksi hadis terkenal dalam Islam. Pembaca yang ingin mendalami pemahaman hadis dalam konteks Sahih Muslim akan mendapat nilai tambah yang signifikan daripada buku ini. Buku ini memberikan konsep yang jelas tentang hadis mutashabihat, yang sering kali menjadi sumber perpecahan dan kelemahan umat Islam. Melalui buku ini, pembaca dapat memahami dengan lebih mendalam tentang hadis mutashabihat, sehingga dapat membantu mengatasi pelbagai isu yang timbul daripadanya. Buku ini juga menyajikan analisis perbandingan antara tokoh besar muhaddith dunia Islam, iaitu Imam Nawawi dan Sheikh al-Mubarakfuri terhadap syarahan hadis mutashabihat dalam Sahih Muslim. Ini memberikan nilai tambah kepada pembaca dengan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pandangan kedua-dua tokoh tersebut.

Di samping itu, buku ini turut menonjolkan nilai kesarjanaan ulama Islam dalam membahaskan isu khilafiah secara ilmiah dan membina. Ini penting bagi mengatasi kemelut perpecahan dalam umat Islam berkaitan ayat dan hadis mutashabihat. Pembaca dapat memahami cara ulama berurusan dengan perbezaan pendapat dan menilai hujah yang dikemukakan oleh Imam Nawawi dan Sheikh al-Mubarakfuri. Buku ini tidak hanya terbatas dari aspek akademik, tetapi juga memberikan sumbangan yang signifikan terhadap pemecahan isu kontemporari yang dihadapi oleh umat Islam. Dengan menghuraikan konsep hadis mutashabihat dan meneliti pandangan kedua-dua ulama ini, buku ini memberikan pandangan yang dapat membantu umat Islam dalam menghadapi cabaran moden dan mengatasi perpecahan yang mungkin timbul daripada interpretasi ayat dan hadis yang kompleks. Buku ini sesuai untuk pelbagai golongan pembaca, termasuk pelajar, penuntut ilmu, pengkaji, dan penyelidik. Ia mampu memberi manfaat yang luas kepada mereka yang ingin mendalami kajian hadis mutashabihat


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Hadis Mutashabihat Dalam Sahih Muslim: Pendekatan Al-Nawawi dan Al-Mubarakfuri (2024)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-62-8
  • Availability: In Stock
  • RM 35.00

  • Ex Tax: RM 35.00

Tags: Hadis, Mutashabihat, Sahih Muslim, Pendekatan, Al-Nawawi, Al-Mubarakfuri, 2024