• Badiuzzaman Said Nursi dan Pembaharuan Dakwah Di Turkiye (2024)

Penulis: Muhammad Suhaib Ahmad Zahir, Mohd Farid Mohd Sharif, Mohamad Zaidin Mat@Mohamad


Badiuzzaman Said Nursi (1877-1960 M) merupakan seorang tokoh yang berpengaruh dalam sejarah Turkiye moden. Beliau memberi sumbangan penting dalam pembangunan pemikiran Islam. Gagasan pemikiran bertemakan keimanan dan al-Quran melalui karyanya himpunan Risālah al-Nūr telah memberi inspirasi kepada masyarakat dan gerakan Islam di seluruh dunia sehingga ke hari ini.


Justeru, buku ini meneroka, mengumpul dan menyusun pemikirannya yang berkaitan dengan hubungan antara kemunduran dunia Islam dengan idea pembaharuan dakwah. Pan-Islamisme yang bertujuan menyatukan umat Islam di seluruh dunia mempunyai pengaruh yang besar dalam pembaharuan dakwah di Turkiye pada abad ke-20 M. Melalui idea kesatuan, umat Islam dapat membina kekuatan dan kejayaan seterusnya mempertahankan agama Islam daripada permasalahan semasa dunia Islam ketika itu seperti kolonialisme dan modenisasi Barat. Walau bagaimanapun, memahami Islam secara lebih luas dan holistik perlu diberi perhatian dalam dakwah. Gabungan nilai tradisional dengan nilai moden dapat menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan yang lebih besar.


Buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan bahan rujukan bagi para pelajar atau mereka yang ingin menjalankan kajian tentang sejarah dan pemikiran Islam di Turkiye serta peranan dan sumbangan Badiuzzaman Said Nursi, tetapi juga memberi input menarik kepada pembaca daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Badiuzzaman Said Nursi dan Pembaharuan Dakwah Di Turkiye (2024)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-60-4
  • Availability: In Stock
  • RM 36.00

  • Ex Tax: RM 36.00

Tags: Badiuzzaman Said Nusi, Pembaharuan, Dakwah, Turkiye, 2024