• Pendidikan Bahasa Arab Abad Ke-21 Mengadun Kreativiti dan Inovasi (2023)

Penulis: Norasyikin Osman, Siti Salwa Mohd Noor, Mohd Shahrizal Nasir


Teknologi telah mengubah landskap bidang pendidikan dengan begitu pesat. Penerapan teknologi dalam pendidikan bukan lagi satu pilihan tetapi ia satu keperluan bagi memastikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang kekangan. Kepelbagaian aplikasi, perisian dan sistem baharu yang ditawarkan melibatkan pendidikan telah mendorong kepada munculnya cetusan kreativiti dan inovasi dalam kalangan para penyelidik dan pendidik. Kreativiti dan inovasi dalam PdP ini tidak terhad kepada penerapan teknologi semata-mata sebaliknya ia merupakan gabungan penerapan teknologi dan kaedah konvensional yang menjadikan hasil kreativiti dan inovasi lebih istimewa. Ini kerana sentuhan kemanusiaan tidak boleh dikesampingkan dalam arus kemajuan teknologi. Buku ini membincangkan topik berkaitan penerapan kreativiti dan inovasi dalam Pendidikan Bahasa Arab. Buku ini mengandungi sembilan bab yang disusun secara sistematik dengan lima bab pertama memberi fokus kepada kreativiti guru dalam kelas manakala empat bab berikutnya membincangkan elemen inovasi yang diterapkan ketika sesi pembelajaran berlangsung. Kesemua tajuk yang terkandung dalam buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan oleh pelbagai pihak termasuk para pendidik, pelajar dan penyelidik khususnya mereka yang berada dalam bidang Pendidikan Bahasa Arab di Malaysia. Justeru, buku ini diharapkan dapat dijadikan panduan seterusnya memberi idea yang segar dalam pelaksanaan pembelajaran Bahasa Arab. Di samping itu, buku ini dapat membuka peluang kepada semua pihak untuk meneroka dengan lebih mendalam berkaitan kreativiti dan inovasi berkaitan Pendidikan Bahasa Arab bertepatan dengan keperluan era digital pada abad ke-21. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Pendidikan Bahasa Arab Abad Ke-21 Mengadun Kreativiti dan Inovasi (2023)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-56-7
  • Availability: In Stock
  • RM 39.00

  • Ex Tax: RM 39.00

Tags: Pendidikan, Bahasa, Arab, Abad Ke-21, Mengadun, Kreativiti, Inovasi, 2023