• Kaedah Sintesis Daktar Dalam PDPC Pendidikan Islam Berasaskan Kitab Al-Rasul Al-Mu’allim wa Asalibuhu fi Al-Ta’lim (2023)

Penulis: Nur Munirah Muhd Fadzir, Suhaila Abdullah


Perbincangan mengenai isu-isu terkait dengan masalah akademik dan sahsiah pelajar hangat diperkatakan. Sehingga kini belum ada jalan penyelesaian tuntas yang dapat menyelesaikannya. Signifikannya penghasilan buku ini dilihat dapat menyelesaikan permasalahan tersebut dengan menekankan kepada kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Islam. Buku ini mengetengahkan satu kaedah baharu dalam PdPc Pendidikan Islam masa kini iaitu kaedah sintesis DAKTAR. Penggunaan perkataan DAKTAR adalah gabungan antara kaedah dakwah dan tarbiah dalam PdPc Pendidikan Islam. Ia dihasilkan melalui perbincangan, pengkajian dan penganalisisan mengenai kaedah dakwah dan kaedah tarbiah dalam PdPc Pendidikan Islam berasaskan Kitab Al-Rasul Al-Mu’allim wa Asalibuhu fi Al-Ta’lim. 

Buku ini juga merumuskan kaedah sintesis DAKTAR yang lengkap dengan merujuk kepada 120 hadis Rasulullah s.a.w yang berkaitan dengan PdPc Pendidikan Islam ketika bersama para sahabat. Selain itu, buku ini membina lima kaedah yang sesuai diaplikasi dalam pedagogi pendidikan sama ada di peringkat rendah, menengah dan Institusi Pengajian Tinggi. Buku ini sesuai sebagai bahan rujukan dan panduan bagi mereka yang ingin memahami serta mengaplikasikan kaedah PdPc Pendidikan Islam yang lebih efektif dalam konteks pendidikan pada pelbagai peringkat. Semoga buku ini memberikan manfaat yang besar kepada semua pembaca, terutama kepada mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan Islam.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Kaedah Sintesis Daktar Dalam PDPC Pendidikan Islam Berasaskan Kitab Al-Rasul Al-Mu’allim wa Asalibuhu fi Al-Ta’lim (2023)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-55-0
  • Availability: In Stock
  • RM 39.00

  • Ex Tax: RM 39.00

Tags: Kaedah, Sintesis, Daktar, PDPC, Pendidikan, Islam, Kitab Al-Rasul Al-Mu’allim wa Asalibuhu fi Al-Ta’lim, 2023