• Konsep Pembelajaran Teradun Dalam Pembelajaran Bahasa (2023)

Penulis: Norasyikin Osman, Siti Salwa Mohd Noor


Sistem pendidikan yang bersifat dinamik sentiasa berubah seiring dengan perkembangan situasi semasa. Pengajaran dan pendidikan (PdP) yang bersifat konvensional memerlukan pertemuan secara fizikal di kelas dan guru merupakan sumber utama dalam menyampaikan ilmu. Namun keadaan ini mula mengalami perubahan dengan penerapan teknologi dalam PdP. Pertemuan secara fizikal bukan lagi syarat utama untuk berlakunya proses PdP. Para guru dan pelajar masih boleh berhubung secara dalam talian. Namun demikian pertemuan fizikal tidak boleh diabaikan dan masih diperlukan bagi mengimbangi keperluan aspek psikologi pelajar. Oleh yang demikian, pembelajaran teradun yang menggabungkan pembelajaran secara bersemuka dan secara dalam talian dilihat alternatif terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran teradun mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Pendekatan ini cuba untuk mengimbangi keperluan manusiawi dengan mengekalkan pembelajaran secara bersemuka iaitu berlaku pertemuan secara fizikal di dalam kelas disamping pembelajaran secara dalam talian. Buku ini membincangkan  topik berkaitan konsep pembelajaran teradun dalam pembelajaran bahasa. Buku ini mengandungi lima bab yang menyentuh definisi pembelajaran teradun diikuti faktor kemunculannya yang dibincangkan untuk memberi gambaran awal bagaimana pembelajaran teradun mula dilaksanakan. Selain itu, perkembangan pembelajaran teradun di Malaysia turut dikupas berserta kajian yang telah dijalankan untuk melihat sejauh mana pembelajaran teradun diterima dan dipraktikkan di Malaysia. Justeru itu, buku ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada semua pihak termasuklah pendidik, pelajar dan penyelidik terutamanya dalam bidang Pendidikan Bahasa Arab. Disamping itu, kesemua kandungan yang diketengahkan dalam buku ini dapat membantu memberi alternatif kepada semua pendidik terutamanya dalam menangani isu yang berkaitan dengan pemilihan pendekatan PdP yang berkesan pada era digital ini.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Konsep Pembelajaran Teradun Dalam Pembelajaran Bahasa (2023)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-53-6
  • Availability: In Stock
  • RM 34.00

  • Ex Tax: RM 34.00

Tags: Konsep, Pembelajaran, Teradun, Pembelajaran, Bahasa, 2023