• Kanak-Kanak Tidak Terkawal Dari Perspektif Perundangan (2023)

Penulis: Shariffah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad, Jal Zabdi Mohd Yusoff 


Kategori kanak-kanak tidak terkawal jarang dibincangkan dari perspektif perundangan, walaupun undang-undang mengenainya telah wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Akta Kanak-Kanak 2001 tidak menyediakan definisi bagi "kanak-kanak tidak terkawal" dan memberikan bidang kuasa kepada Mahkamah Bagi Kanak-kanak untuk mengendalikan kes tingkah laku tidak terkawal termasuk mentafsir maksud tingkah laku tidak terkawal dan menentukan jenis pemulihan yang sesuai melalui perintah mahkamah. Oleh yang demikian, buku ini ditulis bagi mengupas maksud "kanak-kanak tidak terkawal", faktor pendorong, tanggungjawab ibu bapa terhadap salah laku anak dan jenis pemulihan yang diperuntukkan oleh undang-undang. Pengendalian kes kanak-kanak tidak terkawal di beberapa negara luar juga dibincangkan sebagai perbandingan dan penambahbaikan. Bagi tujuan melihat bagaimana undang-undang menangani isu sosial dalam situasi sebenar, perbincangan dalam buku ini turut memasukkan hasil temu bual dengan beberapa pihak yang terlibat secara langsung dalam pengendalian kanak-kanak tidak terkawal. Buku ini diharap dapat menyumbang pengetahuan dalam aspek perundangan kanak-kanak di Malaysia khususnya yang melibatkan kesalahan bukan jenayah. la bertujuan memelihara kebajikan kanak-kanak tidak terkawal agar selari dengan Dasar Kanak-Kanak Negara dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC).

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Kanak-Kanak Tidak Terkawal Dari Perspektif Perundangan (2023)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-34-5
  • Availability: 2-3 Days
  • RM 50.00

  • Ex Tax: RM 50.00

Tags: Kanak-Kanak, Tidak Terkawal, Perspektif, Perundagan, 2023