Disunting oleh: Fauzilah Salleh, Nor Mazlina Abu Bakar, Nur Salina Ismail, Siti Maryam Sharun
Ketika coronavirus menyerang negara, seluruh keluarga, harta benda, pekerjaan dan kehidupan secara khususnya menerima impak yang besar. Walau bagaimanapun, episod duka ini harus diterjemahkan dari sudut yang positif dengan membincangkan permasalahan secara berlapang dada. Dengan ini pelbagai solusi yang efektif dapat dikemukakan dan diperhalusi sebagai panduan bagi menghadapi cabaran semasa pandemik COVID-19. Maka, terhasillah buku ini yang mengetengahkan isu-isu berkaitan pengurusan, ekonomi dan perundangan semasa penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Antara isu yang diketengahkan adalah kesan COVID-19 ke atas pengurusan organisasi dan politik negara, kesedaran dan keselamatan makanan yang dibeli secara dalam talian, ancaman terhadap sektor utama dan kesedaran terhadap ancaman siber. Turut dibincangkan adalah bagaimana pakej ransangan ekonomi mampu menjadi pemangkin aktiviti ekonomi negara serta bagaimana isi rumah menjana pendapatan melalui penanaman kaedah rumah hijau. Secara keseluruhan isu ini adalah sangat relevan bagi semua pembaca dari semua lapisan masyarakat.
[eBook] Covid-19: Isu dan Cabaran Ketika Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (2022)
- Product Code: eISBN 978-967-2750-27-7
- Availability: 2-3 Days
-
RM 19.00
- Ex Tax: RM 19.00
Tags: eBook, Covid-19, Isu, Cabaran, Fasa 1, Perintah Kawalan Pergerakan, PKP, 2022, Wabak, pengurusan, politik, negara, Malaysia, perundangan, keselamatan