• Wabak Menurut Perspektif Islam (2021)

Penulis: Engku Muhammad Tajuddin Engku Ali, Hasanulddin Mohd, Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin.

Wabak penyakit sering berlaku dalam sejarah ketamadunan manusia yang mungkin berbeza dari segi jenis, faktor jangkitan, penularan dan kadar risikonya. Wabak penyakit ini telah menjadi ancaman global sehingga hampir keseluruhan negara dan pemerintah telah melaksanakan tindakan proaktif dan drastik bagi menanganinya. Segala akitiviti dan norma kehidupan telah berubah, dan turut menyebabkan kegiatan ekonomi dan sosial  lumpuh sama sekali. Ajaran Islam berdasarkan petunjuk al-Quran dan hadis telah menjelaskan panduan menangani wabak penyakit termasuklah penyakit berjangkit. Hal ini berdasarkan pedoman daripada peristiwa wabak taun yang telah beberapa kali melanda umat Islam dan seterusnya telah mengorbankan ribuan nyawa. Turut diketengahkan adalah panduan Islam dalam menangani wabak secara menyeluruh serta isu-isu hukum yang melibatkan umat Islam ketika diancam wabak. Buku ini boleh dijadikan panduan kepada  masyarakat awam bagi mendepani wabak dan memberi kefahaman yang lebih tepat mengenai wabak penyakit dari perspektif Islam.


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Wabak Menurut Perspektif Islam (2021)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-07-9
  • Availability: 2-3 Days
  • RM 39.00

  • Ex Tax: RM 39.00

Tags: Wabak, Perspektif, Islam, penyakit, nyawa, masyarakat, peristiwa, manusia, tamadun, global, negara, jangkitan, ekonomi, sosial, al-quran