• UniSZA Permata Ufuk Timur (2018)

Penulis: Ahmad Zubaidi A.Latif, Noor Aini Mohd Yusoff, Abdul Hakim Abdullah, Mohd Affandi Salleh, Wan Hishamudin Wan Jusoh, Nik Nurhusna Nik Anuar, Wan Mohd Fadzli W. Samsudin, Mohd Naim Abdul  


Buku "UniSZA Permata Ufuk Timur" merupakan satu usaha untuk meneroka dan memaparkan perkembangan negeri Terengganu yang mempunyai jalur sejarah yang panjang dan amat unik dalam konteks pelebaran ilmu di negara ini. la menyusuri peranan Kesultanan Terengganu sebagai penggerak utama yang membawa negeri ini melalui tahap perkembangan tersendiri dari aspek kelimuannya. Sejarah membuktikan bahawa sejak awal abad ke-18, Terengganu sudah mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun, menjalankan perdagangan, aktiviti kraftangan dan perindustrian pembinaan kapal. Lantaran kehebatan tersebut Terengganu dikenali sebagai Birmingham of the Peninsula pada zaman pemerintahan Baginda Sultan Omar. Penyerapan ilmu ke Terengganu membuktikan ia meraikan ilmu luar dengan mengekalkan identiti tersendiri sehingga mencipta kebanggaan kepada rakyat negeri ini. Perkembangan Islam di Terengganu memberi ruang kepada pertumbuhan institusi pondok yang diasaskan pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin I. Bersesuaian dengan pembangunan negeri Terengganu yang pesat, tradisi keilmuan diteruskan dengan pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi yang berkesinambungan dengan sistem pondok iaitu Kolej Ugama Sultan Zainal Abdin (KUSZA) pada tahun 1980. Penubuhan KUSZA telah memartabatkan pendidikan berorientasikan Islam di Terengganu khususnya, dan di Malaysia amnya. Pada 2006, KUSZA telah dinaiktaraf sebagai universiti penuh dan dikenali sebagai Universiti Darul Iman sebelum ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada tahun 2010. Penubuhan UniSZA secara tidak langsung telah menyambung amanah dan wadah KUSZA seta melengkapkan sejarah dan tradisi semenjak permulaan ketamadunan Terengganu sebagai satu nusa bangsa yang mencintai dan memanfaatkan ilmu demi faedah insan. Kemantapan ilmu di era KUSZA yang digabung jalin dengan keluasan pengalaman penyelidikan di era UniSZA memperlihatkan pelbagai hasil yang membanggakan. Berpaksikan tunjang ilmu yang kukuh, negeri Terengganu dilihat sebagai pohon yang bercambah serta bermanfaat secara berterusan dalam membentuk ketamadunan dan tradisi yang kekal wujud hingga ke hari ini.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

UniSZA Permata Ufuk Timur (2018)

  • Product Code: ISBN 978-967-2231-08-0
  • Availability: In Stock
  • RM 93.00

  • Ex Tax: RM 93.00

Tags: UniSZA Permata Ufuk Timur (2018)