Penulis: Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Zurita Mohd Yusof, Engku Ibrahim Engku Wok Zin
Penulisan buku ini adalah untuk merakamkan peranan para ulama dan sumbangan mereka dalam menyebarkan dan mempertahankan ajaran Islam melalui aktiviti pengajaran, pengasasan pondok dan juga penglibatan mereka dalam kesultanan Terengganu sebagai penasihat agama kepada sultan-sultan yang memerintah pada ketika itu. Sultan yang memerintah Terengganu sentiasa mendampingi golongan ulama, bahkan mereka merupakan sumber rujukan dalam institusi pemerintahan. Sultan-sultan telah melantik para ulama sebagai pembesar negeri sehingga ke jawatan Menteri Besar dan Mufti. Ulama adalah golongan yang berpendidikan keagamaan yang mendapat tempat yang mulia dalam pemerintahan oleh sebab itu pemerintahan kerajaan Terengganu dinaungi oleh kekuatan dari golongan ulama sehingga kelahiran sultan yang menyandang tokoh ulama seperti Sultan Baginda Omar dan Sultan Zainal Abidin III. Penulisan ini memperlihatkan bahawa tokoh-tokoh ulama ini menjalankan tugas dan tanggungjawab berdakwah dengan bebas dan berkesan serta tiada polemik pertentangan dicatatkan di antara tokoh-tokoh besar ini. Dalam beberapa zaman yang panjang ini, terdapat ramai ulama yang telah muncul dalam masyarakat Terengganu dan memperjuangkan agama Islam. Buku ini menampilkan lapan orang ulama yang merupakan tokoh ulama silam dan kontemporari di Terengganu yang menjadi fokus huraian dalam buku ini dalam usaha dan sumbangan mereka meneruskan usaha dakwah Islam dan penyebaran agama.
[eBook] Sumbangan Keilmuan Tokoh Ulama Terengganu (2021)
- Product Code: ISBN 978-967-2231-96-7
- Availability: 2-3 Days
-
RM 8.00
- Ex Tax: RM 8.00
Tags: eBook, Sumbangan, Keilmuan, Tokoh, Ulama, Terengganu, Sultan Baginda Omar, Sultan Zainal Abidin iii, dakwah, agama, menteri besar, mufti, sultan, pemerintahan, pondok