Tok Pulau Manis atau nama sebenar beliau, Syeikh Abdul Malik bin Abdullah merupakan ulama kelahiran
Terengganu yang telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di
Terengganu. Karya fikah beliau berjudul al-Kifāyah telah menjadi rujukan penting bagi perkara-perkara
yang berkaitan asas hukum syarak yang perlu diketahui oleh seorang Muslim. Kitab al-Kifayah
yang bertulisan jawi ini dikarang oleh Tok Pulau Manis sekitar tahun 1690-1700 Masihi dan
menjadi teks rujukan bagi pelajar pondok yang juga diasaskan oleh beliau. Terdapat juga bukti
menunjukkan kitab ini telah tersebar ke Patani dan negeri-negeri lain. Tok Pulau Manis menumpu
kan perbahasan beliau kepada asas-asas akidah dan fikah bagi seorang Muslim seperti rukun
iman, rukun Islam, bab taharah, solat, puasa, zakat, akikah, penyembelihan dan binatang halal
serta haram dimakan. Fakta-fakta dalam kitab ini banyak disandari dengan pandangan muktamad
dalam Mazhab Shafie dan contoh-contoh permasalahan yang dikemukakan juga banyak bersesuaian
dengan ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu ketika itu. Cara persembahannya yang ringkas
tetapi padat menjadikan kitab ini sesuai digunakan dalam kuliah agama atau pengajian di madrasah
dan masjid. Bagi membantu masyarakat khususnya pembaca memahami isi kandungan
kitab inih yang banyak menggunakan bahasa Melayu klasik dengan tulisan jawi lama, penulis
mengambil inisiatif untuk mentransliterasinya ke tulisan rumi dan mentahkiknya dengan menggunakan
tiga naskhah. Buku ini juga diusahakan untuk diterbitkan sebagai salah satu usaha memelihara
manuskrip karya ulama silam tempatan yang sarat dengan mutiara ilmu untuk digali oleh generasi
hari ini.
[eBook] Kitab al-Kifayah Karangan Tok Pulau Manis (2021)
- Product Code: ISBN 978-967-2231-75-2
- Availability: 2-3 Days
-
RM 17.00
- Ex Tax: RM 17.00
Tags: Kitab, al-Kifayah, Karangan, Tok Pulau Manis, eBook, Patani, Syeikh Abdul Malik bin Abdullah, Melayu, Klasik, Jawi, Terengganu, Ulama, rukun iman, rukun Islam, bab taharah, solat, puasa, zakat, akikah, penyembelihan