• Kitab Risalah fi Bayan Hukm al-Bay' wa al-Riba Edisi Tahkik (2020)

Penulis/Author: Hasanulddin Mohd, Ahmad Tirmizi Taha, Khiral Anuar Bin Daud.


Tahkik ialah satu proses untuk mengeluarkan sesuatu manuskrip kitab dalam bentuk yang lebih sempurna dengan memastikan kesahihan dari segi tajuk manuskrip tersebut, nama pengarangnya, dan nisbah kitab tersebut kepada pengarang serta menganalisis kandungan kitab tersebut supaya dapat diterbitkan dalam bentuk yang paling hampir dengan versi asal. Tahkik bukan sekadar membetulkan dan memahami warisan silam, tetapi ia turut berperanan untuk membangunkan idea demi peradaban kontemporari dan masa hadapan. Usaha-usaha bagi merancakkan kegiatan mentahkik manuskrip-manuskrip Melayu serta menggali pelbagai mutiara berharga daripadanya seharusnya diperkasakan supaya warisan peninggalan para ulama silam ini dapat dikeluarkan dalam bentuk yang lebih sempurna dan terkini. Dalam konteks ini, Kitab Risalah fi Bayan Hukm al-Bay' wa al-Riba karangan Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Rahim Bukit Bayas yang agak terpinggir dan belum ditahkik amat sesuai dipilih supaya ia dapat dipulihara sebagai satu khazanah warisan Melayu Islam yang amat bernilai dan dapat dicedok segala mutiaranya. penulisan buku ini mengetengahkan biodata ringkas Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas dan latar belakang Kitab Risalah fi Bayan Hukm al-Bay' wa al-Riba, manhaj penulisan dan persembahan tahkik. Kemuncaknya ialah edisi tahkik Kitab Risalah fi Bayan Hukm al-Bay' wa al-Riba. Penulisan ini turut dilengkapkan dengan khulasah tahkik, anotasi yang sesuai serta pelbagai indeks yang berkaitan untuk memudahkan rujukan dan pembacaan. Buku ini sesuai ditelaah oleh golongan ilmuwan, pengkaji, pendidik, pendakwah, penuntut dan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang manuskrip legasi ulama Melayu silam serta pemikiran dan keintelektualan mereka khasnya dalam bidang muamalat Islam. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Kitab Risalah fi Bayan Hukm al-Bay' wa al-Riba Edisi Tahkik (2020)

  • Product Code: ISBN 978-967-2231-38-7
  • Availability: In Stock
  • RM 66.00

  • Ex Tax: RM 66.00

This product has a minimum quantity of 10

Tags: Kitab, Risalah, fi Bayan, Hukm, al-Bay', wa al-Riba, Edisi, Tahkik, manuskrip, melayu, nisbah, kontemporari, warisan