• Dinamika Pendidikan Bahasa Arab: Menyelusuri Inovasi Profesionalisme Keguruan (2012)

Penulis/Author: Kamarul Shukri Mat Teh, Zulazhan Ab. Halim, Mohd Shahrizal Nasir, Nurazan Mohmad Rouyan


Buku ini mengandungi lapan bab yang menghuraikan topik perbincangan berkaitan pendidikan bahasa Arab sebagai bahasa asing atau bahasa kedua. Perbincangan menyentuh secara kursus beberapa kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang membuka satu dimensi baru ke arah pelestarian inovasi dalam bidang ini. Pemanfaatan teknologi dalam pendidikan bahasa Arab dapat membantu para pendidik untuk menyemai budaya belajar secara kendiri dalam diri pelajar, selain ia memperlihatkan perkembangan dunia pendidikan bahasa Arab yang seiring dengan perkembangan  pendidikan bahasa-bahasa utama lain di dunia. Penyusunan bab-bab dalam buku ini dibuat secara sistematik iaitu dimulai dengan tajuk-tajuk berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, dan diakhirir dengan tajuk-tajuk yang melibatkan perbincangan tentang petaksiran dan penilaian. Kesemua tajuk yang terkandung dalam buku ini adalah relevan dengan bidang pendidikan di semua peringkat, sama ada peringkat rendah mahupun pendidikan bahasa Arab pada peringkat tinggi. Justeru, buku ini amat sesuai untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada para pendidik, penyelidik dan pelajar bahasa Arab. Hal ini bertepatan dengan tajuk buku yang mencerminkan satu usaha memartabatkan profesionalisme keguruan menerusi cabang inovasi pendidikan. Diharapkan agar buku ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang terlibat dalam lapangan pendidkan bahasa untuk memahami dan menyebarluaskan pengetahuan serta penggunaan bahasa Arab di Malaysia.  

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Dinamika Pendidikan Bahasa Arab: Menyelusuri Inovasi Profesionalisme Keguruan (2012)

  • Product Code: ISBN 978-983-9842-56-2
  • Availability: In Stock
  • RM 30.00

  • Ex Tax: RM 30.00

Tags: Dinamika, Pendidikan, Bahasa Arab, Menyelusuri, Inovasi, Profesionalisme, Keguruan