Penulis/Author: Berhanundin Abdullah, Wan Saifuldin Wan Hasan, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Mohd Shafie Hamzah
Perubatan Islam dan sains adalah suatu bidang kajian yang menjadi perhatian utama bagi mengetahui kaedah rawatan yang terbaik. Buku ini membicarakan tentang keperluan manusia kepada sifat tabie alam sebagai kaedah rawatan dan penjagaan kesihatan berasaskan al-Quran.
Penulisan buku ini diolah dan dihuraikan berdasarkan fakta dan nas yang disebutkan di dalam al-Quran Perkara utama yang dinyatakan tentang sifat alam dan sumbernya memberi manfaat kepada manusia sesuai dengan tabie kejadian manusia daripada sumber bumi. Kaedah perubatan dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran menjadi rawatan tetapi rohani selain daripada rawatan fizikal. Oleh itu, fitrah manusia memberi kesan langsung apabila al-Quran digunakan sebagai asas untuk membina hubungan dengan sains kesihatan. Amalan fizikal seharian semestinya dijalankan secara rutin dan menurut keupayaan seseorang individu kerana tubuh manusia memerlukan rehat yang sempurna. Pada masa yang sama sistem pemakanan perlu dijaga di samping turut mengambil makanan berkhasiat seperti madu, habbatussauda, kurma dan sebagainya. Fakta ini disebut dalam al-Qurandan dibuktikan oleh sains moden.
Bukti penemuan sains menjelaskan bahawa rawatan dan amalan kesihatan yang disebutkan dalam al-Quran adalah tepat. Unsur kejadian manusia daripada air mani sehingga terbentuknya jasad tidak dapat dipisahkan daripada sumber bumi yang dijadikan bahan pemakanan. Oleh itu keturunan manusia dapat ditentukan dengan ujian darah melalui DNA. Ringkasnya, kehidupan manusia mempunyai kitaran hidup yang bergantung kepada sumber yang diperoleh dari bumi. Bahkan pengaruh peredaran bumi dan keadaan yang berlaku di bumi memberi kesan kepada kesihatan manusia. Perubahan yang berlaku memerlukan penemuan baharu dalam kaedah perubatan Islam dan sains.
Isu-isu Kontemporari dalam Al-Quran: Perubatan Islam Dan Sains (2014)
- Product Code: ISBN 978-983-9842-91-3
- Availability: In Stock
-
RM 28.00
- Ex Tax: RM 28.00
Tags: Isu-isu, Kontemporari, Al-Quran, Perubatan, Islam, Sains