• Model Baharu Ekonomi: Adakah Kita Di Landasan Yang Betul (MBE) (2014)

Penulis/Author: Mustafa Dakian


Model Baharu Ekonomi (MBE) yang diumumkan oleh pihak kerajaan telah menggariskan lapan inisiatif strategik bagi merealisasikan program transformasi ekonomi Malaysia ke arah melonjakkan kualiti rakyat semua kaum. Lapan inisiatif itu ialah:

1. Menyuburkan kembali sektor swasta unutk menerajui pertumbuhan ekonomi.

2. Membangunkan tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing 

3. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing 

4. memperkukuhkan sektor awam

5. Melaksanakan tindakan afirmatif yang teluas dan mesra pasaran

6. Membina infrastruktur yang berasakan pengetahuan

7. Meningkatkan sumber pertumbuhan 

8. memastikan pertumbuhan yang mapan. 

Memandangkan ekonomi dan teknologi dunia berubah

Memandangkan ekonomi dan teknologi dunia berubah dengan pantas, Malaysia harus bergerak lebih pantas untuk meraih manfaat trend global. Jika tidak Malaysia akan berhadapan dengan risiko kehilangan momentum pertumbuhan ekonomi dan pergerakan pasaran dunia pada masa mendatang. Oleh itu, MBE merupakan satu langkah yang tepat untuk mengajak ekonomi negara kepada satu ekonomi yang mempunyai pertumbuhan berkualiti tinggi berasaskan produktiviti, teknologi, inovasi dan kreativiti. MBE ini merupakan kepada peningkatan produktiviti pekerja agar dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan melalui penambahan nilai tambah, inovasi dan kreativiti dalam kalangan modal insan.

Pada hakikatnya, cabaran ekonomi masa depan yang menanti Malaysia akan lebih mencabar. Formula kejayaan pembangunan negara sepanjang 55 tahun tidak boleh menjamin sepenuhnya kecermelangan ekonomi Malaysia pada masa depan. MBE yang diperkenalkan ini mengambil kira persekitaran global yang telah berubah menjadi lebih komptitif serta mengenal pasti dan merebut peluang-peluang baharu dalam erana global. Pertumbuhan kini akan didorong oleh kedinamikan modal insan terlatih dan berkemahiran tinggi, pelaburan dalam teknologi, bakat da kreativiti, infrastruktur, pembangunan dan penyelidikan, dan pemasaran untuk memaksimakan pertumbuhan hasil jangka panjang dan meningkatkan nilai pasaran. 


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Model Baharu Ekonomi: Adakah Kita Di Landasan Yang Betul (MBE) (2014)

  • Product Code: ISBN 978-983-9842-90-6
  • Availability: In Stock
  • RM 38.00

  • Ex Tax: RM 38.00

Tags: Model, Baharu, Ekonomi, Landasan, Yang Betul,