• Dialog Kajian Melayu Kontemporari (2017)

Penulis/Author: Sharipah Nur Mursalina Syed Azmy, Nazilah Mohamad, Mohd Faradi Mohamed Ghazali, Nor Hasimah


Dialog Kajian Melayu Kontemporari merupakan sebuah buku yang meneroka ilmu baharu berkaitan Melayu, yang bukan hanya meneliti aspek kebahasaan malah aspek kesusateraan dan kebudayaan. Huraian rinci berkaitan bahasa dan linguistik, kesusasteraan dan kebudayaan dapat dilihat dengan jelas dalam sembilan makalah yang dibukukan bersama. Ketiga-tiga aspek ini tidak dapat dipisahkan dalam membuat penelitian tentang Melayu, maka buku ini menghimpun makalah yang membincangkan aspek tesebut agar para pembaca dapat meluaskan pengetahuan berkenaan Melayu yang tidak hanya tertumpu dalam bidang bahasa. Gabungan penelitian ini membolehkan para pembaca dan peneliti mendapat gambaran perkaitan antara bidang bahasa, sastera dan budaya. Di samping itu, kaedah penyelidikan yang terdapat dalam buku ini mengetengahkan kaedah penyelidikan baharu dengan menggunakan teeori dan pendekatan yang berbeza dengan penyelidikan sebelumnya. Kaedah penyelidikan yang baharu berupaya menyelesaikan masalah berbangkit yang tidak diselesaikan dengan menggunakan kaedah konvensional.

Justeru, Dialog Kajian Melayu Kontemporari ternyata menjadi rujukan berguna bagi pembaca yang sukakan cerminan Melayu dalam menerokai ilmu baharu.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Dialog Kajian Melayu Kontemporari (2017)

  • Product Code: ISBN 978-967-0899-68-8
  • Availability: In Stock
  • RM 46.00

  • Ex Tax: RM 46.00

Tags: Dialog, Kajian, Melayu, Kontemporari, ilmu, penyelidikan, konvensional