• Nafkah Isteri Menurut Hukum Syarak (2020)

Penulis/Author: Wan Nur Izzati Wan Nor Anas, Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin


Nafkah kepada isteri adalah satu bentuk pemberian wajib rentetan daripada kada perkahwinan yang sah. Pemberian nafkah ini adalah satu bentuk tanggungjawab suami kepada isteri. Namun, pada masa kini kebanyakan wanita sudah mula menceburi dunia pekerjaan dan mempunyai pendapatan sendiri. Oleh itu, masyarakat terkeliru sama ada pemberian wajib nafkah kepada isteri masih relevan atau sebaliknya. Bahkan, terdapat juga para suami yang tidak lagi memberikan nafkah zahir disebabkan pendapatan isteri kadang kala melebihi pendapatan beliau. Bagi menyelesaikan masalah kekeliruan ini, buku ini hadir untuk menjelaskan secara terperinci akan tanggungjawab suami ke atas isteri.

Perbincangan dalam buku ini lebih memberi tumouan kepada konsep dan falsafah nafkah dalam islam. Selain itu, ia turut menyentuh tentang bentuk-bentuk dan ciri-ciri nafkah yang perlu diberikan kepada isteri. Bahkan, bukan itu sahaja. Perbincangan dalam buku ini turut meliputi tentang pengguguran nafkah kepada isteri serta nafkah hak isteri pasca perkahwinan.



Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Nafkah Isteri Menurut Hukum Syarak (2020)

  • Product Code: ISBN 978-967-2231-34-9
  • Availability: 2-3 Days
  • RM 39.00

  • Ex Tax: RM 39.00

Tags: Nafkah, Isteri, Menurut, Hukum, Syarak