Penulis/Author: Mohd Shahril Othman
Buku ini mengenengahkan satu panduan pengurusan stres berdasarkan sumber atau sebab berlakunya stres melalui gabungan teknik pendekatan psikologi dan Islam dalam bentuk modul (MPS) yang praktikal untuk dilaksanakan oleh setiap individu yang menghadapi masalah stres. MPS ini dibina secara berstruktur dan dijangka dapat memberikan panduan kepada individu untuk menangani stres yang dihadapi. Ini kerana ia berbentuk profesional, bersistematik dan bukan hanya sekadar panduan serta nasihat daripada penceramah atau pihak berwajib semata-mata. MPS yang dibina ini sangat penting untuk diteliti. Hal ini kerana ia beroreintasikan penyelesaian masalah stres berdasarkan konsep kesedaran hati yang membantu individu merasionalkan kembali permasalahan stres dan seterusnya mampu menikmati semula kehidupan secara harmoni sehingga melahirkan individu berkualiti. Apabila kesedaran hati diperolehi, maka pada masa itu stres bukan lagi dianggap sebagai satu masalah tetapi sebagai satu langkah kepada jalan penyelesaian. Pada masa ini, stres mampu membawa diri seseorang ke arah yang positif, memberi rangsangan motivasi, mencetuskan idea dan mengilhamkan wawasan ke arah kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti.
Pembangunan Modul Pengurusan Stres (2014)
- Product Code: ISBN 978-983-9842-84-5
- Availability: In Stock
-
RM 35.00
- Ex Tax: RM 35.00
Tags: Pembangunan, Modul, Pengurusan, Stres, Panduan, Sumber, Teknik, Psikiologi, Profesional, Sisematik, Harmoni, Motivasi, Wawasan