• Kualiti Hidup Pendekatan Maqasid Syariah (2014)

Penulis/Author: Mahadzirah mohamad, Nor Azman Mat Ali, Nasir Mohamad, Wan Mohd Yusof Wan Chik, Norhilmi Muhammad & Fazida Karim


Maqasid Syariah terdiri daripada lima aspek kehidupan, iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta memainkan peranan penting dalam menjamin kehidupan manusia bagi mencapai kehidupan yang lebih berkualiti di dunia dan akhirat. Menjaga kelima-lima aspek kehidupan tersebut menjamin kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Terdapat tiga peringkat Maqasid Syariah iaitu dharuriyyat (asas), hajiyyat (keselesaan) dan tahsiniyyat (kesempurnaan). Peringkat dharuriyyat merupakan suatu kemestian bagi menjalani kehidupan. Manakala, peringkat hajiyyat merupakan aspek yang mendatangkan kemudahan dan keselesaan kepada kehidupan. Tahsiniyyat pula merupakan aspek kesempurnaan atau keindahan dalam menjalani kehidupan. Pendekatan Maqasid Syariah dalam pengukuran kualiti hidup adalah lebih lengkap berbanding dengan pendekatan teori Maslow kerana pendekatan Maqasid Syariah menjaga kepentingan awam, menyentuh aspek menjaga agama serta menjaminkan keadilan. Walau bagaimanapun, kedua-dua pendekatan ini menyentuh mengenai memenuhi kepuasan keperluan individu.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Kualiti Hidup Pendekatan Maqasid Syariah (2014)

  • Product Code: ISBN 978-983-9842-81-4
  • Availability: In Stock
  • RM 25.00

  • Ex Tax: RM 25.00

Tags: Kualiti, Hidup, Pendekatan, Maqasid, Syariah, Agama, Nyawa, Akal, Keturunan, Harta, Dharuriyyat, Hajiyyat, Tahsiniyyat, Aspek