Penulis/Author: Ab. Aziz Sulaiman, Syed Hadzrullathfi Syed Omar, Engku Muhammd Tajuddin Engku Ali, Jamaluddin Hashim & Zulkifli Mohd
Pendidikan merupakan teras utama dalam agama Islam. Hal ini jelas dinyatakan dalam ayat pertama yang diturunkan oleh Allah kepada rasulNya Muhammad s.a.w. Ayat tersebut memerintahkan manusia supaya membaca lantaran membaca merupakan satu kaedah dalam menuntut ilmu. Seterusnya ayat itu juga membawa mesej bahawa pendidikan perlu menfokuskan usaha untuk menghasilkan insan yang memahami fungsinya sebagai hamba Allah dan juga khalifah Allah di muka bumi. Islam menyedari bahawa pendidikan berkualiti sahajalah yang mampu melahirkan individu-individu yang beradab dan bermoral, yang memberi manafaat bukan hanya kepada diri sendiri malah keluarga, masyarakat, negara serta ummah seluruhnya. Justeru, tidak hairanlah kalau Islam meletakkan ilmu itu lebih mulia daripada harta manakala orang yang berilmu pula diangkat ke darjat yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.
Isu Kontemporari Pendidikan Al-Quran (2014)
- Product Code: ISBN 978-983-9842-28-1
- Availability: In Stock
-
RM 25.00
- Ex Tax: RM 25.00
Tags: Isu, Kontemporari, Pendidikan, Al-Quran, Agama, Islam, Ilmu, Keluarga, Masyarakat, Ummah, Darjat