• Gharar Dalam Kontrak Derivatif Komoditi (2014)

Penulis/Author: Nadhirah Nordin


Gharar boleh didefinisikan sebagai suatu unsur ketidakpastian yang terdapat dalam kontrak. Terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama mengenai hukum kontrak yang mengandungi unsur gharar. Perbezaan pendapat berlaku akibat daripada perbezaan tafsiran kepada maksud dan keadaan gharar serta perbezaan pendapat dalam kalangan ulama untuk memberi hukum bagi kontrak gharar yang berada di pertengahan (mutawassit) antara unsur gharar yang melampau (gharar fahish) dengan unsur gharar yang sedikit (gharar yasir). Justeru itu, timbul persoalan keharusan kontrak semasa yang tiada dalam perundangan Islam seperti kontrak derivatif apabila kontrak ini dikaitkan dengan isu gharar. Sampel buku ini ialah kontrak derivatif komoditi aset pendasar minyak sawit mentah. Hasil perbincangan menunjukkan wujud unsur gharar dalam kontrak derivatif. Namun, berdasarkan analisis terhadap parameter gharar, unsur-unsur gharar tersebut tidak meninggalkan kesan atau tidak membatalkan semua kontrak derivatif. Walau bagaimanapun, terdapat unsur-unsur lain seperti spekulasi, perjudian dan riba yang boleh menyebabkan kontrak tersebut tidak menepati prinsip syariah.




Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Gharar Dalam Kontrak Derivatif Komoditi (2014)

  • Product Code: ISBN 978-967-12613-2-3
  • Availability: In Stock
  • RM 35.00

  • Ex Tax: RM 35.00

Tags: Gharar, Kontrak, Derivatif, Komoditi, Hukum, Ulama, Mutawassit, Fahish, Yasir, Perundangan, Spekulasi, Perjudian, Riba, Syariah