• Tafsir Al-Abrar (2015)

Penulis/Author: Mohd Shafiee Hamzah


Tafsir al-Abrar memuatkan huraian makna ayat-ayat al-Quran bagi tiga surah Makiyyah iaitu surah al-Sajdah, surah al-Mulk dan surah al-Qiyamah. Buku ini bertujuan untuk memberi sumbangan terhadap masyarakat agar boleh memahami makna dan tafsiran ayat-ayat al-Quran yang dihuraikan dengan ringkas dan diolah dengan gaya bahasa yang mudah. Karya ini dimulakan dengan pengenalan ringkas terhadap surah dan topic perbincangan yang difirmankan Allah dalam surah tersebut, diikuti dengan huraian bagi ayat-ayat dalam surah tersebut yang dibahaskan berdasarkan isu-isu tertentu agar huraiannya sentiasa fokus kepada konteks ayat. Perbincangan isu dalam tafsir ini juga agak sederhana dan tidaklah dibincangkan secara mendalam dan terperinci. Justeru itu, bagi para pembaca yang ingin memahami kehendak yang lebih halus dan mendalam, perlulah dirujuk kepada kitab tafsir yang lebih besar dan muktabar. Memandangkan al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, penulisan tafsir al-Abrar dalam bahasa kebangsaan ini diharap dapat membantu masyarakat Islam untuk lebih mendalami kehendak dan tuntutan Ilahi bagi setiap ayat dalam ketiga-tiga surah tersebut.


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Tafsir Al-Abrar (2015)

  • Product Code: ISBN 978-983-9842-97-5
  • Availability: In Stock
  • RM 17.00

  • Ex Tax: RM 17.00

Tags: Tafsir, Al-Abrar, Al-Quran, Surah, Makiyyah, Al-Sajdah, Al-Mulk, Al-Qiyamah, Bahasa Arab, Penulisan