• [eBook] Sebatian Daripada Kenerak Perencat Virus Denggi (2023)

Penulis: Noor Zarina Abd Wahab, Nazlina Ibrahim 

Kenerak atau nama saintifiknya Goniothalamus umbrosus dari famili Annonaceae merupakan tumbuhan yang hidup liar di kawasan hutan hujan tropika. Banyak saintis dari Malaysia mahupun luar negara telah membuat penyelidikan tentang potensi tumbuhan ini dalam merawat masalah kesihatan seperti kanser. Walau bagaimanapun, masih belum ada lagi maklumat yang melaporkan tentang potensi tumbuhan ini untuk merawat jangkitan virus denggi. Buku ini adalah yang pertama memperihalkan tentang potensi tumbuhan ini dalam membantu merawat jangkitan virus denggi. Denggi adalah penyakit febril akut bawaan arbovirus yang mengancam nyawa yang dipindahkan dari satu individu kepada individu yang lain oleh gigitan nyamuk Aedes aegypti betina yang dijangkiti oleh virus denggi. Denggi dikenali sebagai sesuatu penyakit yang sentiasa ada ataupun endemik di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Jangkitan virus denggi boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Buku ini menyampaikan maklumat cara tindakan sebatian farmakologi aktif daripada kenerak iaitu sebatian terbitan stirilpiron (SPD) virus denggi serotip 2 (DENV-2) dapat membantu dalam menjadikannya alternatif kepada ubatan antivirus yang terdapat di pasaran.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

[eBook] Sebatian Daripada Kenerak Perencat Virus Denggi (2023)

  • Product Code: eISBN 978-967-2750-40-6
  • Availability: In Stock
  • RM 14.00

  • Ex Tax: RM 14.00

Tags: eBook, Sebatian, Kenerak, Perencat, Virus, Denggi, 2023, stirilpiron, nyamuk Aedes, denggi serotip