• [eBook] Aplikasi Maqasid Syariah dalam Fatwa Perubatan (2022)

Penulis: Mohamad Naqib Hamdan, Mohd Anuar Ramli


Ijtihad kolektif menjadi trend kontemporari dalam menentukan hukum bagi permasalahan semasa. Gabungan ulama yang berkeahlian dan pakar yang berpengalaman dapat merumuskan fatwa kontemporari dengan lebih tuntas. Dalam dunia perubatan, terdapat pelbagai isu telah timbul selari dengan kemajuan teknologi yang dicapai. Ia melibatkan kejuruteraan genetik, transplantasi organ dan pembedahan. Isu-isu ini memerlukan kepada keputusan hukum yang jelas apabila melibatkan masyarakat Islam. Tambahan pula ia turut melibatkan perubahan ciptaan Allah s.w.t. Justeru, buku ini mengumpul dan membincangkan tentang ijtihad kolektif dan analisis beberapa fatwa perubatan yang diputuskan oleh 10 badan fatwa luar negara dan antarabangsa. Sebanyak 35 isu perubatan dibincangkan dalam lima kategori fatwa, iaitu transplantasi organ, pendermaan organ, kejuruteraan genetik, pembedahan, dan pembedahan kosmetik dan plastik. Berdasarkan penelitian pada fatwa perubatan yang diputuskan oleh badan fatwa dunia Islam, pendekatan maqasid Syariah dan pertimbangan antara maslahah dan mafsadah sering digunakan dalam proses pemfatwaan.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

[eBook] Aplikasi Maqasid Syariah dalam Fatwa Perubatan (2022)

  • Product Code: eISBN 978-967-2750-29-1
  • Availability: In Stock
  • RM 17.00

  • Ex Tax: RM 17.00

Tags: eBook, Aplikasi, Maqasid, Syariah, Fatwa, Perubatan, 2022