• [eBook] Rawatan Materniti Menurut Perspektif Maqasid Syariah (2021)

Penulis: Siti Khatijah Ismail


Buku ini membincangkan kedudukan rawatan materniti dan perkhidmatannya di Malaysia menurut perspektif maqasid syariah. Pola perbincangan menurut kerangka maqasid syariah ini merupakan manifestasi ke arah kepatuhan terhadap Indeks Syariah Malaysia yang menjadi model tadbir urus yang berteraskan maqasid syariah di Malaysia. Dalam pengkajian ilmu perubatan, elemen kemaslahatan pesakit dan perawat merupakan suatu keutamaan. Namun begitu, kewujudan isu-isu materniti yang menyentuh persoalan untuk memelihara jiwa dan nyawa mencetuskan konflik apabila tidak diselarikan dengan konsep al-awlawiyyat dan al-tawazun antara maslahah dan mafsadah. Secara umum, elemen-elemen ini telah diterapkan dalam manual dan standard operation procedure (SOP) perkhidmatan materniti yang diberikan. Buku ini menyingkap elemen maqasid syariah yang terdapat dalam prosedur rawatan materniti dan perkhidmatannya. Kupasan secara holistik yang dilakukan terhadap amalan perubatan meterniti secara umum menjadikan buku ini sebagai wadah dalam mengenal pasti aspek pematuhan amalan ini dengan maqasid syariah. Buku ini menjadi panduan dalam menganalisis kepatuhan amalan rawatan materniti secara umum ke arah mewujudkan perkhidmatan perubatan yang holistik dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

[eBook] Rawatan Materniti Menurut Perspektif Maqasid Syariah (2021)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-03-1
  • Availability: In Stock
  • RM 9.00

  • Ex Tax: RM 9.00

Tags: eBook, Rawatan, Materniti, Perspektif, Maqasid, Syariah, pesakit, malaysia, perawat, kupasan, perubatan, perkhidmatan, nyawa, konflik