• [eBook] Al-Asma’ al-Husna : Menurut Imam al-Ghazali (2021)

Penulis : Mohd Hasrul Suhairi, Mohd Fauzi Hamat


Buku ini adalah karya ilmiah yang menjelaskan kepentingan kefahaman terhadap al-Asma' al-Husna. Huraiannya berdasarkan pandangan ulama yang diakui ilmuwan dunia tanpa khilaf sebagai mujaddid (pembaharu) abad kelima, Imam al-Ghazali (505H). Idea utama buku ini banyak berdasarkan karya Imam al-Ghazali berkenaan al-Asma' al-Husna yang berjudul al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma' Allah al-Husna. Buku ini mendedahkan pengaruh karya Imam al-Ghazali terhadap para ilmuwan Islam dalam menghuraikan nama-nama Allah s.w.t.. la juga menerangkan konsep, kaedah dan faedah bagi setiap individu Muslim dalam memahami al-Asma' al-Husna. Huraian terwang keperluan manusia berakhlak dengan akhlak Allah s.w.t. sebagaimana yang tersirat dalam setiap nama-nama-Nya yang terpilih juga dizahirkan. Melalui buku ini, para pembaca dibantu untuk memahami hadis sahih Rasulullah s.a.w.yang menggesa umat Islam menghitung 99 nama Allah s.w.t yang indah kerana akan diganjarkan syurga. Buku ini sesuai dibaca oleh pihak yang terlibat dalam penggubalan dasar berkaitan pendidikan akidah dan akhlak, ahli akademik, para pendidik, para pelajar dan masyarakat. la juga sesuai untuk dirujuk oleh pihak yang terlibat dalam program motivasi yang mengetengahkan kepentingan kefahaman al-Asma' al-Husna dalam pembinaan karakter individu.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

[eBook] Al-Asma’ al-Husna : Menurut Imam al-Ghazali (2021)

  • Product Code: eISBN 978-967-2231-95-0
  • Availability: 2-3 Days
  • RM 7.00

  • Ex Tax: RM 7.00

Tags: Al-Asma, al-Husna, Imam al-Ghazali