Penulis: Normadiah Daud, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Tengku Fatimah Muliana Tengku Muda
Perkahwinan dan kekeluargaan merupakan satu ikatan yang murni dalam menghalalkan hubungan antara lelaki dengan perempuan. Sebagai satu ikatan yang diiktiraf oleh syarak, Islam meraikan hubungan antara pasangan dengan menganjurkan asas pembinaan keluarga islam, tuntutan, hak, kewajipan dan lain-lain. Satu unit keluarga, tiga pihak utama, perlu memainkan peranan masing-masing iaitu suami, isteri dan anak. Sekiranya ketiga-tiga pihak ini memainkan peranan masing-masing dengan baik, sesebuah rumah tangga akan menjadi lebih aman dan harmoni. Buku ini menampilkan dua pihak sahaja iaitu isteri dan anak sebagai focus perbahasan secara akademik dan dizahirkan dalam bentuk tulisan ringkas dan mudah difahami. Terdapat lapan bab yang telah ditampilkan oleh para penulis yang berpengalaman, dan pakar dalam bidang masing-masing. Bab-bab tersebut ialah Asas Pembentukan Keluarga Islam, Kedudukan Isteri dalam Sistem Kekeluargaan Islam, Hak Isteri Terhadap Fasakh Menghilangkan Kemudaratan dalam Perkahwinan, Amalan, Beridah dalam kalangan isteri yang kematian suami dari Perspektif syarak, rawatan kesuburan untuk mendapatkan zuriat, sambutan kelahiran dari perspektif islam adatnya dalam masyarakat melayu, susu ibu anugerah terindah buat seorang anak, serta hokum dan kebajikan anak terbuang (Laqith). Secara keseluruhanya, lapan bab yang dimuatkan dalam buku ini sangat lengkap merangkumi semua isu yang berkaitan kitaran hidup seorang isteri dan anak dalam melayari kehidupan berumah tangga. Buku ini amat sesuai menjadi sumber rujukan dan panduan kepada pasangan suami isteri dalam melayari kehidupan berumah tangga.
[eBook] Fiqah Kekeluargaan Islam Isu Terpilih (2021)
- Product Code: ISBN 978-967-2231-88-2
- Availability: 2-3 Days
-
RM 8.50
- Ex Tax: RM 8.50
Tags: Fiqah, Kekeluargaan, Islam, Isu, Terpilih