• [eBook] Pemasaran Politik Berteraskan Islam Kerajaan Perpaduan, BPMS, Kerjasama Politik dan Muafakat Nasional (2021)

Penulis: Mohd Syakir Mohd Rosdi, Khairul Azlee Mohd Yunus, Khaidir Bachok, Wafdi Auni Mohamed, Habibah Ilias


Perbincangan dalam buku ini menumpukan kepada pemasaran politik berteraskan Islam. Pemasaran politik merupakan satu cabang atau disiplin ilmu sosial yang bersifat interdisciplinary. Konsep pemasaran politik ini penting difahami sebagai kaedah pemasaran dalam bidang ilmu politik yang menekankan amalan pendekatan dan taktik pemasaran untuk membantu calon dan parti politik agar lebih berdaya saing dan proaktif serta efektif bagi meningkatkan komunikasi dua hala antara pihak kerajaan dengan masyarakat. Buku ini menghasilkan kerangka konsep pemasaran politik berteraskan Islam. Konsep ini penting difahami agar pembaca lebih jelas akan pergerakan politik kepartian secara Islam yang juga menggunakan pemasaran politiknya secara Islam.


Untuk memahami pemasaran politik berteraskan Islam secara lebih praktikal, buku ini mengetengahkan konsep kerajaan perpaduan, budaya politik matang dan sejahtera, kerjasama politik dan muafakat nasional yang menjadi perhatian pada hari ini agar boleh dinilai oleh para pembaca. Politik kepartian biasanya memerlukan sokongan daripada pelbagai cara dan pendekatan. Antara perkara yang ditekankan dalam pemasaran politik ialah imej, persepsi, perilaku politik, komunikasi berkesan dan publisiti yang dapat membantu memperoleh sokongan politik.


Sasaran pembaca buku ini tertumpu kepada semua lapisan masyarakat yang ingin mendalami bidang sains politik, politik Islam, pembangunan ekonomi, pembangunan politik, ekonomi politik, dan ekonomi politik Islam. Ia boleh dijadikan sebagai bacaan umum kerana persembahan buku ini dipermudahkan bahasanya agar ia boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat sama ada anak muda, orang dewasa, warga emas, ilmuwan agama, pengamal politik, pemimpin politik atau ahli akademik.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

[eBook] Pemasaran Politik Berteraskan Islam Kerajaan Perpaduan, BPMS, Kerjasama Politik dan Muafakat Nasional (2021)

  • Product Code: ISBN 978-967-2231-82-0
  • Availability: In Stock
  • RM 14.00

  • Ex Tax: RM 14.00

Tags: Pemasaran, Politik, Berteraskan, Islam, Kerajaan, Perpaduan, BPMS, Kerjasama, Politik, Muafakat Nasional