• [eBook] Wan Mokhtar Ahmad Pencetus Kebangkitan Terengganu Moden (2020)

Penulis: Tuan Sharif Tuan Putra


Bakat kepimpinan Wan Mokhtar yang didandani dengan kesungguhan dan ilmu tidak dapat dinafikan. Selama 25 tahun mentadbir Terengganu bermula pada 1974-1999, tokoh ini amat dikenali sebagai seorang pemimpin yang mengutamakan pembangunan dan penyebaran pendidikan Islam. Perjalanan bekas guru bahasa Inggeris ini dalam kancah politik bermula pada tahun 1963 dengan terlibat secara aktif dalam UMNO. Beliau menjadi Ahli Parlimen Kemaman setelah memenangi Pilihan Raya Umum pada tahun 1964. Pelbagai perubahan telah dilakukan untuk kebaikan rakyat. Meskipun tidak lagi menjadi Menteri Besar pada tahun 1999, ternyata khidmat dan sumbangannya mash lagi diperlukan apabila beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi bagi tempoh lima tahun iaitu pada 2000-2005. Sesungguhnya, Wan Mokhtar memenuhi ciri-ciri seorang pemimpin yang berkarisma dan pentadbir yang cekap. Buku ini sesuai untuk bacaan setiap lapisan masyarakat. Diharapkan dengan penerbitan buku in masyarakat akan lebih mengenali peribadi dan ketokohan beliau sebagai seorang pencinta ilmu yang menekankan kepentingan pendidikan.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

[eBook] Wan Mokhtar Ahmad Pencetus Kebangkitan Terengganu Moden (2020)

  • Product Code: ISBN 978-967-2231-65-3
  • Availability: In Stock
  • RM 11.00

  • Ex Tax: RM 11.00

Tags: Wan Mokhtar Ahmad, Pencetus, Kebangkitan, Terengganu, Moden