• [eBook] Pembangunan Perisian Multimedia Untuk Kanak-Kanak Pra Sekolah (2021)

Penulis: Nor Azah Abdul Aziz, Norasikin Fabil, Zawawi Ismail


Buku ini memfokuskan kepada pembangunan perisian muntimedia interaktif untuk kanak-kanak prasekolah bermula dengan mengenali kanak-kanak, memilih model atau teori pembelajaran dan membangunkan perisian multimedia interaktif yang bersesuaian dengan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Teori, model, contoh laman web dan perisian multimedia interaktif yang dibincangkan dalam buku ini diharap dapat menambahkan ilmu pengetahuan pembaca tentang kanak-kanak prasekolah dan dapat membangunkan perisian multimedia interaktif yang bersesuaian dengan kanak-kanak di Malaysia berasaskan kurikulum prasekolah tanpa menyekat kreativiti pembangunan multimedia. Bahkan buku ini secara istimewanya turut memfokuskan pembangunan dan pendekatan serta model berasaskan islamik dan amat sesuai dalam melahirkan insan yang seimbang. Selamat Membaca ! Semoga beroleh manfaat di dunia dan akhirat. Buku ini sesuai untuk penyelidik, ahli akademik, pelajar dan pembangunan perisian multimedia interaktif amnya dan pembangunan perisian multimedia interaktif kanak-kanak prasekolah, khususnya. Selain itu, ia juga bersesuaian untuk program pengajian yang mempunyai subjek Multimedia, Studio Multimedia, Pembangunan Aplikasi Multimedia, Subjek Awal Kanak-kanak dan lain-lain disiplin ilmu yang berkaitan.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

[eBook] Pembangunan Perisian Multimedia Untuk Kanak-Kanak Pra Sekolah (2021)

  • Product Code: ISBN 978-967-2231-76-9
  • Availability: In Stock
  • RM 13.00

  • Ex Tax: RM 13.00

Tags: Pembangunan, Perisian, Multimedia, Kanak-Kanak, Pra Sekolah, eBook