Penulis: Ibrahim Mamat
Teras pembangunan semua pula di Malaysia, terutamanya Pulau Perhentian ialah menggalakkan industri pelancongan, di samping industri perikanan dan industri desa. Penduduk pulau seramai 2,163 orang mash dibelenggu masalah kemiskinan, anak mudanya tercicir dari sistem pendidikan, mereka terdedah kepada gejala sosial dan masalah pengangguran. Industri pelancongan di sini berkembang dengan pesat tetapi tidak terurus. Akibatnya persekitaran menjadi: cemar dan kehidupan laut mati dan musnah. Nilai penduduk tempatan yang
berasaskan agama Islam semakin terhakis dan diganti dengan nilai luar yang dibawa pelancong. Bagi mengelakkan fenomena ini terus berlaku, buku ini mencadangkan satu pelan pembangunan pulau yang lebih teratur berdasarkan prinsip pembangunan lestari yang merangkumi pembangunan ekonomi, sosial, alam sekitar, keagamaan, dan prasarana. Kemasukan pelancong perl diurus dan dikawal dengan menggunakan konsep carrying capacity. Jumlah pendapatan hasildari pelancongan lebih penting dari bilangan pelancong. Penduduk dan pengusaha perlu dilatih untuk membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam industri pelancongan supaya keaslian pula dapat dikekalkan dan kualiti hospitaliti dapat ditingkatkan. Penduduk dan Kerajaan Neger hendaklah caj kepada pelawat diberi hak mengenakan yang ingin memasuki tempt tarikan pelancongan. Satu mekanisme tadbir urus yang cekap diperlukan untuk membangunkan industri pelancongan lestari di Pulau Perhentian.
[eBook] Industri Ekopelancongan Lestari Pulau Perhentian (2018)
- Product Code: ISBN 978-967-0899-84-8
- Availability: 2-3 Days
-
RM 17.00
- Ex Tax: RM 17.00
Tags: eBook, Industri, Ekopelancongan, Lestari, Pulau, Perhentian