• [eBook] Perburuan dari Perspektif Islam  (2019)

Penulis: Zukifly Muda, Nizaita Omar


Alam merupakan anugerah Allah s..t. buat manusia sebagai sebaik-baik makhluk ciptaan-Nya. Pelantikan manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi adalah untuk memikul amanah mengimarahkan dan memakmurkan alam ini. Aspek pengimarahan ini termasuklah tugas penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada kerosakan dan kepupusan. Interaksi manusia dengan alam sekitar dan cara mereka menguruskannya demi kelestarian hidupan di bumi telah disentuh oleh Islam dan diperjelaskan dalam al-Quran mahupun hadis sama ada secara langsung atau sebaliknya. Bahkan, para ulama dari pelbagai mazhab sepanjang zaman turut menggali segala sumber khazanah Islam dalam mendalami perbincangan berkaitan alam sekitar.!. Buku ini memfokus kepada salah satu isu pencabulan térhadap kestabilan alam iaitu aspek perburuan. Perbincangan dimulakandengan membahaska persoalan tanggungjawab terhadap pemuliharaan alam sekitar dalam memberi tasawu umum kepada pembaca.Perbincangan selanjutnya mengupas tentang hukum-hakam yang berkait dengan aktiviti perburuan. Perincian turut diketengahkan berhubung larangan berburu hidupan liar dari sudut syariat Islam dengan menampilkan pandangan ulama silam dan kontemporari. Penjagaan hidupan liar di Malaysia dijadikan topik akhir penulisan buku ini sebagai memenuhi tanggungjawab sosial untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat untuk prihatin dalam memulihara flora dan fauna di negara ini.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

[eBook] Perburuan dari Perspektif Islam (2019)

  • Product Code: ISBN 978-967-2231-20-2
  • Availability: In Stock
  • RM 19.00

  • Ex Tax: RM 19.00

This product has a minimum quantity of 10

Tags: eBook, Perburuan, Perspektif, Islam