• [eBook]  Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Talian (2014)

Penulis: Norasyikin Osman, kamarul Shukri Mat Teh, Siti Salwa Mohd Noor, Khoirun Nisak Mat Saad


KeLiP merupakan projek e-pembelajaran yang telah dibangunkan Universiti Sultan Zainal Abidin menggunakan platform Moodle. la adalah Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System) yang digunakan oleh pensyarah dan pelajar bagi membentuk satu komuniti pembelajaran secara dalam talian yang berkesan. Namun sejauh mana keberkesanannya terhadap pengajaran dan pembelajaran tidaklah diketahui., Bertitik tolak daripada itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan KeLiP ketika sesi pembelajaran terhadap pencapaian para pelajar khususnya pembelajaran bahasa Arab Persepsi pelajar terhadap penggunaan KeLiP ketika sesi pengajaran dan pembelajaran turut dikaji. Kajian eksperimental ini telah melibatkan seramai 69 orang pelajar UniSZA daripada program diploma yang mengambil kursus UBA1022. Keputusan kajian telah dianalisis menggunakan SPSS. Keputusan kajian mendapati telah berlaku peningkatan pencapaian pelajar setelah mengikuti | pembelajaran menerusi KeLiP. Hasil ujian t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara pencapaian pelajar cemerlang bahasa (PCB) dan pelajar kurang cemerlang bahasa (PKCB) setelah menggunakan KeLiP. Keputusann kajian juga melaporkan bahawa jantina, persepsi, dan literasi penggunaan komputer tidak mempengaruhi peningkatan pencapaian pelajar. Manakala hasil analisis soal selidik berkaitan persepsi pelajar terhadap KeLiP mendapati sebanyak 81 peratus orang pelajar bersedia menggunakan KeLiP dalam sei pembelajaran mereka. Hasil keputusan ini diharap dapat memberi maklumat dan gambaran mengenai pembelajaran menerusi KeLiP



Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

[eBook] Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Talian (2014)

  • Product Code: ISBN 978-967-0899-19-0
  • Availability: In Stock
  • RM 10.00

  • Ex Tax: RM 10.00

This product has a minimum quantity of 10

Tags: Pembelajaran, Bahasa, Arab, Dalam, Talian