• Al-Sirat al-Mustaqim Kitab al-Taharah dan al-Salah (2018)

Penulis/Author: Jamalludin Hashim, Hasanulddin Mohd, Zurita Mohd Yusoff, Engku Ibrahim Engku Wok Zin


Al-Sirat al-Mustaqim karya Shaykh Nur al-Din al-Raniri merupakan kitab fiqh yang paling lengkap dan terbesar dalam bab ibadat dalam bahasa Melayu yang pertama sekali dikarang di Nusantara. Kitab yang berwibawa ini mempunyai pengaruh yang amat besar serta digunakan dengan meluas sekali terutama di Aceh sehingga abad ke-19. Kitab ini juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh Gugusan Kepulauan Melayu. Walaupun kitab ini hanya membicarakan tentang fiqh ibadat sahaja, namun ia merupakan perintis kepada penulisan kitab-kitab fiqh berbahasa Melayu. Shaykh Nur al-Din al-Raniri merupakan seorang tokoh ulama kelahiran India berketurunan Arab. Tetapi umum mengenali beliau sebagai seorang ulama Melayu-Indonesia yang terkenal di seluruh Nusantara ini terutamanya di Aceh. Penstrukturan semula kitab Al-Sirat al-Mustaqim (Kitab al-Taharah dan al-Salah) telah berjaya dilakukan menurut tatacara tahqiq dengan mengikuti metode gabungan naskhah. Al-Sirat al-Mustaqim merupakan sebuah karya agung dalam bidang fiqh Mazhab Shafi‘i berbahasa Melayu yang sewajarnya disebarluaskan untuk bacaan umum setelah teks kitab ini dipermudahkan melalui tatacara tahqiq. Ini merupakan salah satu cara untuk memelihara khazanah penulisan Melayu Islam warisan ulama-ulama silam daripada pupus ditelan zaman. Buku ini wajar memiliki oleh semua terutamanya peminat dan pengkaji kitab-kitab Jawi Melayu Klasik. Ini kerana persembahan edisi kritikal teks Al-Sirat al-Mustaqim (Kitab al-Taharah dan al-Salah) dalam buku ini adalah berlainan daripada metode penulisan kitab-kitab Jawi Melayu Klasik yang biasa dilihat.    

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Al-Sirat al-Mustaqim Kitab al-Taharah dan al-Salah (2018)

  • Product Code: ISBN 978-967-0899-65-7
  • Availability: In Stock
  • RM 175.00

  • Ex Tax: RM 175.00

Tags: Al-Sirat, al-Mustaqim, Kitab al-Taharah, al-Salah, Nusantara, Gugusan, Kepulauan, Melayu, Aceh