Penulis: Syh Noorul Madihah Syed Husin, Normadiah Daud, Siti Khatijah Ismail
Pakar Laktasi seluruh dunia memperakui bahawa kandungan
dan bahan nutrisi yang terdapat dalam susu ibu sangat seimbang dan sesuai
dengan pertumbuhan seorang bayi. Kehebatan penyusuan susu ibu ini lebih
terserlah apabila ia disebut sebanyak lapan kali dalam al-Quran dan disebut
berulang kali dalam pelbagai hadis. Selain kelebihan susu ibu sebagai sumber
pemakanan yang terbaik kepada bayi sehingga usianya dua tahun, terdapat banyak
lagi rahsia tersembunyi di sebalik penyusuan susu ibu ini. Buku ini menyingkap
pelbagai rahsia penyusuan susu ibu dari sudut pandang berbeza. Dari sudut
agama, ia menyelongkar rahsia di sebalik pensyariatan penyusuan melalui
al-Quran dan hadis serta memaparkan kisah amalan penyusuan serta adab menyusu
yang boleh dijadikan panduan kepada ibu susu dalam proses penyusuan. Buku ini
juga memaparkan rahsia dari aspek sains dengan membincangkan kewujudan bahan
genetik di dalam susu ibu serta keperluan menyusu sehingga tempoh dua tahun.
Selain itu, rahsia tentang manfaat penyusuan susu ibu turut diselongkar dari
aspek ekonomi kepada ibu susu. Justeru, buku ini sangat bernilai dan bermanfaat
untuk dibaca oleh seluruh lapisan masyarakat.
Rahsia Penyusuan Susu Ibu (2024)
- Product Code: ISBN 978-967-2750-69-7
- Availability: In Stock
-
RM 37.00
- Ex Tax: RM 37.00